Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Selebriti rapper tanah air, Caprice sangat diminati oleh golongan anak muda terutamanya apabila gandingan muzik video bersama selebriti jelita, Mira Filzah. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang berusia 31 tahun sering kali muncul dengan review jujur di laman instagramnya.
DIKEJARKAN KE HOSPITAL MENGGUNAKAN AMBULANS
Terbaru pada hari ini, Caprice telah berkongsi satu video berdurasi satu minit di laman Instagram nya mengenai dirinya yang telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. Dalam masa yang sama, Caprice kelihatan begitu bersahaja mengambil video.
Dia memberitahu bahawa dirinya tidak dapat memandu untuk ke hospital sendiri dan berusaha untuk memanggil ambulans atas faktor keselamatan yang tinggi dalam perjalanan ke hospital. Tambahnya lagi ini adalah kali pertama dirinya menaiki ambulans sepanjang hidup 31 tahun ini.
Dia sempat berseloroh bahawa jika dia meminta bantuan jiran untuk menghantarnya kehospital kemungkinan mereka akan tersangkut dalam sekatan jalan raya yang dikuatkuasakan bagi mejayakan PKP yang dijalankan oleh kerajaan.
ANXIETY AKAN TERUS SAKIT JANTUNG
Dalam masa cemas itu dia sempat membuat jenaka bahawa jika terlalu penat badan akan terus mendapat skit jantung. Tulisnya lagi dia tidak pasti apakah menyebabkan dirinya menjadi ssak nafas dan juga skit dada setelah bangun daripada tidur.
Hal ini tidak pasti sama ada disebabkan oleh badan yang terlalu penat kerana tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup, ataupun sama ada gastrik. Perkara ini selebihnya akan diperiksa oleh yang lebih pakar.
PAKAR JANTUNG MINTA MEMBUAT UJIAN LANJUT
Menurut satu laman Instagram milik pakar cardiologist di Institut Jnatung Negara, Dr Beni Rusani menyatakan bahawa tindakan yang diambil Caprice dengan pergi ke hospital dalam kadar segera adalah sangat bijak kerana hal itu memerlukan pakar bagi menganalisis.
Dr Beni berkata bahawa Caprice mestilah melakukan ujian ECG dan mengambil darah bagi memastikan dirinya itu berpunca daripada masalah jntung mahupun hal lain. Ssak nafas dan skit dada merupakan salah satu symptom skit jntung namun hal ini mesti di analisa melalui beberapa ujian.
Sempena Hari Raya yang bakal tiba, penulis berharap agar Caprice sedia sihat dengan segera bagi meraikan hari kemenangan bersama keluarga tercinta dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Sumber : Caprice, Dr Beni Rusani