Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Risiko Yg Dihadap Penghantar Makanan! Rider FoodPanda “Pergi” Hari Ke 6 Ramadhan, Terlibat Kemlangan

Hidup pada masa kini cukup mencabar. Keadaan sekeliling yang memaksa kita menggunakan duit untuk terus berkembang dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Dalam erti kata lain, siapa yang kaya hidupnya akan menjadi lebih mudah dan senang.

Desakan kos sara hidup yang tinggi memaksa ramai anak muda melakukan lebih dari dua kerja dalam seharian. Mana tidaknya, jika diharapkan gaji bulanan, ianya hanya mampu bertahan sehingga separuh bulan sahaja.

RAMAI MASYARAKAT MULA BUAT DUA KERJA UNTUK TAMPUNG HIDUP

Disebabkan ini lah ramai anak muda mencari alternatif lain dengan bekerja sebagai penghantar makan/rider. Sebabnya, kerja ini tidak memerlukan modal yang tinggi dan paling penting masa yang fleksibel untuk diatur.

Setiap pekerjaan yang dilaksanakan pasti berdepan dengan risiko tersendiri. Begitu juga dengan penghantar makanan yang boleh dikatakan setiap masa berada di atas jalan raya. Acap kali kita dikhabarkan dengan kisah rider tumbang dan terlibat dalam kejadian kemlangan.

RIDER FOODPNDA TUMBANG DI MERU, KLANG

Terbaru dikhabarkan seorang rider FoodPanda yang dikenali sebagai Muhammad Zaim Azman telah mengalami kemlangan dengan sebuah kereta sekali gus telah meragut nyawanya. Kejadian difahamkan telah berlaku di Meru, Klang pada pagi tadi.

Berita duka tersebut turut dikongsikan oleh kakak ipar mangsa Syazwani Abd Rahim di Facebooknya pada beberapa jam yang lalu. Syazwani memohon rakan rakan serta kenalan titipkan doa buat Allahyarham.

Terkesan dengan pemergian arwh, rata rata sahabat Zaim meluahkan rasa sayu dengan perkhabaran ini. Menurut salah seorang dari rakan Allahyarham, Danish meluahkan perasaan teringat dengan ucapan hari jadi dari Zaim yang masih terngiang ngiang dalam ingatan.

SEMOGA DITEMPATKAN DALAM KALANGAN YANG BERIMAN

Siapa sangka hari ini rakannya itu telah pun dijemput kembali ke rahmatullah. Dalam pada itu, rakan yang lain mendoakan agar Allahyarham tenang berehat di sana dan berada dalam kalangan orang yang beriman.

Tidak dikongsikan secara terperinci punca kemlangan terbabit. Benar lah bahawa jodoh pertemuan dan ajal mautt semuanya adalah rahsia Tuhan. Jadi sama sama lah kita persiapkan diri dengan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kongsi artikel ini: