Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Idea dan kebijaksaan Vivy Yusof dalam perniagaan tidak perlu dinafikan lagi. Dia antara usahawan wanita yang cepat mencipta nama dan pengaruh di Malaysia. Bagaimanapun namanya mula hangat dengan kisah-kisah kurang menarik sejak akhir-akhir ini.
Seakan tidak surut, nama figura ini sekali lagi menjadi tumpuan umum. Dikala masyarakat sedang tenat dan memberi tumpuan kepada wabak yang melanda negara, Vivy dengan yakinnya telah melancarkan produk tudung baru keluaran dUCk kepada peminatnya.
Bukan melancarkan tudung menjadi persoalan kerana itu adalah haknya. Corak terbaru yang dilancarkan seakan ada sesuatu yang tersembunyi sehingga kan timbul buah mulut orang ramai. Bagi yang tidak tahu, semalam Vivy baru sahaja melancarkan tudung dUCk yang bertemakan seni lukis dikenali The Artsy dUCk.
Difahamkan corak tersebut pada asalnya telah pun dikeluarkan oleh seorang model iaitu Nia Atasha atau nama komersilnya SleepyIllama yang menghasilkan tudung tersebut pada dua tahun yang lalu.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Nia menerusi laman Instagramnya yang meluahkan rasa ralat kerana produk keluaran Vivy seakan-akan produk keluarannya dahulu. Baginya perbuatan tersebut tidak profesional.
Tidak hanya berdiam diri, akhirnya Vivy Yusof tampil memberi penjelasan. Dia menafikan perkara tersebut dan menurutnya rekaan seni lukis telah dirancang sejak pertengahan 2018 lagi dan menolak semua hak cipta orang lain.
Dia turut bertegas yang karya seni lukis adalah direka tanpa mengambil idea orang lain. Di akhir penulisan, dia ada sempat memaklumkan yang setiap keuntungan daripada jualan tudung ini yang dikenali The Artsy dUCk akan diberikan kepada pusat jagaan anak yatim.
Memberi reaksi kepada penjelasan Vivy ternyata Nia bertambah kecewa. Ini berikutan dia sedar yang apa sahaja dilakukan sudah pasti tidak akan mendatangkan hasil. Siasatan di Twitter, banyak gambar yang dimuat naik persamaan Soonaru dari Nia dan The Artsy dUCk dari Vivy.
Sekali gus membuatkan nama Vivy sekali lagi dihntam teruk. Warganet menyifatkan yang produk mereka berdua adalah sama sahaja cuma model sahaja yang berbeza.
Kesimpulannya itu lah pentingnya cap dagang dan perlindungan hak cipta didaftarkan untuk menangani isu-isu sebegini. Jika tidak, buat la apa sekali pun ianya ibarat seperti mencurahkan air ke daun keladi dan langsung tidak memberikan impak.