Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi terkenal dengan lagu “knock knock” , Elizabeth Tan sering sahaja berjaya mencuri perhatian peminat. Selesa disapa sebagai Lizzy, dia merupakan antara penyanyi berbangsa Cina yang telah berjaya memasuki pasaran hiburan seni Melayu.
Bukan sahaja memiliki suara lunak, malah Lizzy kini mendapat kepercayaan untuk memasuki bidang lakonan. Antara filem lakonan penyanyi cantik ini adalah Misteri Dilaila dan Usop Wicha Menghonjang Makhluk Muzium.
Biar pun berbangsa Cina, Lizzy boleh dikatakan fasih berbahasa melayu dan pandai mengambil hati peminat. Lihat sahaja perkongsian di laman Instagram, kebanyakan video yang dimuat naik dan gaya penulisan dalam bahasa kebangsaan.
Sekali gus rami yang kagum dengan cara Lizzy ini. Dalam perkembangan terbaru, dia sekali lagi berjaya menarik perhatian netizen apabila menggayakan baju raya biar pun kita baru sahaja memasuki hari keenam berpuasa.
Yang mencuit hati adalah Lizzy berpakaian sedemikian hanya lah semata-mata untuk membuang sampah. Video tersebut ada dikongsikan di laman Instagramnya semalam.
Menariknya lagi, bukan sekadar berbaju raya, malah muzi latar belakang juga turut meriah, memainkan lagu raya seolah-olah kita berada di pagi syawal.
Melihat reaksi pengikutnya, rata-rata mereka memuji kecantikan penyanyi berkenaan. Ada yang siap berseloroh minta izin Lizzy untuk balik jumpa dengan mak mertua. Biasa lah, bila cantik pakai apa sahaja sudah pasti menjadi dambaan ramai.
Apa pun perkongsian Lizzy hanya lah untuk suka-suka sahaja bagi menghilangkan tekanan tatkala berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).