Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Air yang dicincang tak akan putus! Itu lah perumpamaan yang sesuai bagi ikatan adik-beradik. Menjadi kebiasaan bermasam muka dan bertelagah antara ahli keluarga kerana dari situ lah lahirnya kesefahaman dan juga kasih sayang.
Sebaliknya pula berlaku kepada individu ini. Dikenali sebagai Abdullah Kadir di laman Facebook miliknya, beberapa jam yang lepas dia berkongsikan entri yang mana sedang mencari adik kandungnya yang menghilangkan diri sejak beberapa bulan yang lalu.
Menurut Abdullah, adiknya membawa diri berikutan merajuk dan timbul salah faham dalam keluarga. Namun tidak dijelaskan secara terperinci kisah yang berlaku antara mereka. Cuma dia memohon adiknya kembali ke pangkuan keluarga.
Difahamkan bapa mereka, Abd Kadir bin Ramli telah pun pergi menghadap Illahi. Buntu dalam mencari adiknya, pelbagai cara telah dilakukan namun hasilnya menemui kegagalan. Dengan memohon perkongsian orang ramai sahaja lah jalan yang mungkin pertemukan mereka kembali.
Tidak pula Abdullah berkongsi secara terperinci nama dan juga butiran peribadi adiknya itu. Cuma mengempilkan gambar adiknya sebagai panduan orang ramai.
Semoga usaha Abdullah dalam mencari adiknya dipermudahkan. Sama-sama kita menghargai orang disekeliling terutama ahli keluarga selagi mana hayat dikandung badan.