Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hormati PKP, Ayda Jebat & Nabil Mahir Bertunang! Jadi Selebriti Pertama Adakan Majlis “Atas Talian”

Nur Suhada binti Jebat atau nama komersilnya Ayda Jebat memiliki aura tersendiri dalam industri hiburan tanah air. Mungkin ada antara kita tidak tahu yang asalnya dia mula mencipta nama menerusi Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 namun tersingkir di minggu ketiga.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Biarpun tiada rezeki di AF, kini nama Ayda Jebat lebih ke arah bidang lakonan. Antara drama yang telah melonjakkan nama pelakon cantik ini adalah Rindu Awak 200% yang dilakonkan bersama Zul Ariffin.

AYDA JEBAT DAN NABIL MAHIR BERTUNANG

Sejak bergelar artis, sudah ramai lelaki yang cuba dikaitkan dengan Ayda. Kita hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukan. Kesemua mereka tidak bertahan lama namun tidak kepada seorang jejaka ini. Umum sedar Ayda mula rapat dengan Nabil Mahir.

Hubungan mereka dilihat semakin rapat dan terbaru dikhabarkan mereka berdua sudah pun selangkah ke fasa baru dalam menjalinkan hubungan yang lebih serius. Menerusi laman Instagram, Ayda Jebat memaklumkan yang dia dan Nabil Mahir baru sahaja bertunang.

SELEBRITI PERTAMA ADAKAN MAJLIS ATAS TALIAN

Yang lebih menarik lagi adalah majlis tersebut berlansung secara atas talian. Ini menjadikan mereka antara pasangan selebriti pertama yang berbuat sedemikian di negara kita. Kedua-dua dilihat memuat naik gambar duduk di atas pelaminan.

Menurut Nabil Mahir, gambar tersebut hanya lah suntingan semata-mata. Maklum lah dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing akur dengan arahan kerajaan agar tidak mengadakan majlis sosial atau berkumpulnya secara beramai-ramai.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat sama cantik sama pada apabila mengenakan pakaian merah jambu. Mereka seakan-akan dilihat dalam satu momen biar pun masing-masing sebenarnya berada di kediaman sendiri.

PEMINAT CUKUP TERUJA DAN GEMBIRA PERKHABARAN BAIK MEREKA

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata turut gembira dengan perkhabaran baik ini. Mereka sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan keduanya berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Memang cukup hebat teknik editing gambar sehinggakan tiada langsung penampakan herotan pada gambar mereka. Apa pun semoga hubungan baru ini membuatkan hubungan Ayda dan Nabil lebih erat lagi.

Kongsi artikel ini: