Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam perkahwinan, antara perkara yang dinanti-nantikan setiap pasangan adalah zuriat. Ianya pelengkap kepada kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan. Dengan adanya zuriat, masing-masing akan menjadi lebih bertanggungjawab antara satu sama lain.
Beberapa minggu lalu, selebriti cantik yang juga isteri kepada Fattah Amin iaitu Nur Fazura telah mengumumkan kepada peminat yang dia sedang berbadan dua. Berita baik tersebut dikongsikan sendiri tuan badan menerusi laman Instagram miliknya.
Mengharungi kehidupan suami isteri selama dua tahun, baru lah mereka dikurniakan rezeki zuriat. Sudah pasti perkhabaran baik tersebut mengembirakan ramai pihak.
Difahamkan usia kandungan Fazura baru mencecah empat bulan. Dalam tempoh ini, dia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan terutama pemakanan bagi memastikan kandungannya sentiasa sihat.
Dalam entri terbaru pelakon berkenaan di Instagram, tidak dinafikan wajahnya lebih berseri berbanding kebiasaan biarpun memakai persalinan biasa. Di akhir perkongsian, dia sempat menitipkan ucapan salam Ramadhan dan memohon maaf kepada para pengikutnya.
Dapat diperhatikan juga, ramai peminatnya mula sedar seri wajah ibu mengandung pada Fazura. Menerusi komen di laman Instagram, tidak putus-putus mereka memberikan reaksi dan memuji pelakon berkenaan yang dilihat semakin cantik biar pun tidak bersolek.
Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar Fazura dan kandungan sentiasa sihat dan dijauhi dari perkara yang tidak diingini. Maklum lah, semakin berusia kandungan, tubuh badan si ibu akan menjadi lemah dan berdepan dengan risiko untuk rebah.
Kesimpulannya, semoga dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga Fattah Amin dan juga Fazura memberikan seribu erti malah menambahkan lagi kebahagiaan buat pasangan ini kelak.