Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Membina keluarga bahagia adalah matlamat utama semua orang. Sebagai ibu bapa, sudah pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak dan masa depan mereka.
Tapi tidak semua antara kita dapat kecapi semua itu. Banyak perkara yang mempengaruhi keadaan sekeliling sehingga timbulnya konflik dalam keluarga.
Dewasa kini, kita sering kali mendengar kisah anak abaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kadang kala macam tak masuk akal kerana ada yang tergamak bertindak sedemikian kepada insan yang pernah melahirkan dan membesarkan mereka selama ini.
WARGA EMAS JALAN KAKI DARI KARAK KE JOHOR
Kita baru sahaja memasuki bulan Ramadhan. Ramai antara kita membayangkan untuk menggunakan peluang ini agar dapat berbuka bersama-sama dengan orang yang tersayang dan merapatkan lagi ukhwah keluarga.
Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada seorang warga emas lelaki ini. Mengikut perkongsian di Facebook yang hanya dikenali sebagai FirDaus MwCc, dia telah berjumpa dengan seorang pakcik yang berumur lingkungan 70an dijumpai seorang diri berjalan kaki dari Karak menuju ke Johor.
Pakcik tersebut memperkenalkan diri sebagai Haji Abdul Jabar bin Sulaiman. Malangnya tiada sebarang dokumen yang dibawanya sekali gus menyukarkan mengenal pasti identiti sebenar.
Sehubungan dengan itu, pakcik tersebut di bawa ke Balai Polis Kemayan, Pahang untuk memudahkan urusan dan bawa berjumpa dengan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, lebih merumitkan lagi apabila dia sendiri tidak ingat nombor kad pengenalan diri.
Menurut orang kampung yang tinggal di Kemayan memaklumkan yang pakcik Abdul sudah pun 3 hari berlegar-legar di kampung tersebut dan juga singgah mandi di masjid Kemayan.
Melihat kepada reaksi netizen, mereka meluahkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa pakcik Abdul. Ada dari mereka beranggapan bahawa warga emas berkenaan seakan nyanyuk berdasarkan kenyataan yang diberikan.
Apa pun disebalik kisah yang berlaku Pakcik Abdul, diharapkan segala urusan dipermudahkan dan dipertemukan dengan ahli keluarganya secepat mungkin.