Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Banyak Rezeki Bila Hati Isteri Tenang, Macam-Macam Allah Bagi! Lelaki Kongsikan Tip Bina Keluarga Bahagia

Menurut kajian, tempoh matang bagi sesebuah perkahwinan mengambil masa sekitar lima tahun untuk masing-masing menerima kelemahan serta kelebihan dalam diri pasangan. Jadi, hal ini menunjukkan yang sifat sabar perlu ada dalam diri untuk membina keluarga bahagia.

Tidak dinafikan bahawa bertelagah atau bermasam masam muka antara suami isteri adalah perkara biasa. Ada satu kes, tabiat suami yang suka picit ubat gigi dari depan manakala isteri pula suka picit dari belakang boleh menjadikan mereka tidak bertegur sapa berminggu-minggu.

Jadi sudah bersedia untuk memasuki alam berumah tangga? Dalam berkongsikan rahsia kebahagiaan, seorang jejaka yang dikenali sebagai Makhlok Macho atau selesa disapa dirinya Bengah memberi tip cara bahagia dalam perkahwinan.

Berikut adalan perkongsian asal Bengah di Facebook miliknya:

PERNAH BERGADUH TAPI TIDAK BERLARUTAN
“Bang tak pernah bergaduh ke dengan isteri?”
“Gaduh je. Hari hari bergaduh! Tapi takde lah berlarutan. Bukan bergaduh macam zaman bercinta sebelum kahwin, ini dah satu rumah, satu bilik, satu katil. Tapi kena beringat la SEBAB ada SATU pintu yang nak kena jaga iaitu pintu bilik! Kena PKP (Perintah Keluar Persenduan) nanti kalau tak jaga silaturahim dengan baik.”
“Teringat kebodohan diri sendiri dulu. Kalau bergaduh je keluar rumah. Pergi jela mana mana untuk tenangkan diri. Paling lama gaduh dengan isteri dulu seminggu! Lepastu menyerah balik rumah minta maaf sebab masing masing rindu. Nak kenal pasangan ni bukan sehari dua. Tapi selama kita hidup.”

ISTERI MARAH, TETAP MASAK SEDAP-SEDAP
“Tengok contoh Ustaz Ebit Lew. Bagaimana beliau mengasihi isteri dan keluarganya. Isteri ni memang bidadari untuk suami. Dia marah macam mana pon. Dia tetap buatkan air, dia marah? Dia tetap masak sedap sedap. Dia marah! Dia tetap basuh baju. Dia marah? Dia memang tetap akan marah sebab itu sifat wanita nak perhatian.”
“Pernah gaduh dengan isteri. Merajuk tak nak makan masakan isteri walaupon ada duit tapi rasa tak cukup nikmat. Tak kenyang tak lengkap rasanya hidup ni. Buang ego. Minta maaf dan berbaik balik. Baru lah dapat nikmat kehidupan.”

BUANG EGO, BAGI JE ISTERI MENANG, SUAMI YANG SENANG

“Takyah gaduh la dengan isteri. Bagi je dia menang. Bengah teringat isteri cakap “PENAT 9 BULAN MENGANDUNGKAN ANAK! SAKIT NAK LAHIRKAN ANAK!” dia lupa agaknya suami selalu ada disisi tapi orang lelaki jangan ego. Bagi je isteri menang. Bila dia menang kita yang senang bukan kalah.”
“Bahagiakan isteri ni macam macam Allah bagi. Kalau bukan dekat kita tapi melalui isteri. Ya! Melalui isteri rezeki anak. Keluarga yang sekarang tengah terbina ni.”

SEMPURNA BILA SALING TOLAK ANSUR
“Kalau kalian lihat pasangan yang bahagia bukan semua kebahagiaan itu sempurna, sempurna itu bila kita saling melengkapi bertolak ansur dan memahami pasangan.”
“Esok tak tahu nak gaduh pasal apa tadi gaduh tak tutup kipas bilik. Jadi gaduh jela kalau itu boleh membahagiakan. Normal kan? Lepas bergaduh walau sikit. Minta maaf, peluk je, puji isteri cantik ke kurus ke? Dapat pahala. Kalau isteri terbaca karangan ni hingga habis. Suami selalu sayang isteri dan anak. Kerana Allah Taala.”

Semoga perkongsian Bengah ini membuka mata ramai pasangan di luar sana yang masih berjuang dalam mengenal hati budi masing-masing. Menyerah bukan bermaksud kalah tetapi menang dalam perhubungan.

Kongsi artikel ini: