Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pada awal Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal dan juga ahli kumpulan Bocey iaitu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Pada awalnya, difahamkan Abam hanya mengalami demam panas dan mula sakit kepala. Namun demam tersebut tidak kebah biar pun sudah memakan ubat.
HIDAYAH KENANG MOMEN BERSAMA ABAM KETIKA BULAN RAMADHAN
Mengingati perjalanan hidup bersama Allahyarham, balunya Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kehilangan Abam cukup terkesan dalam hidupnya terutama melalui bulan Ramadhan tanpa suami tercinta pada kali ini.
Perasaan rindu tersebut diluahkan oleh Hidayah menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu. Abam yang terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati, bila sahaja balik ke Sabak Bernam pelbagai juadah yang akan dia beli sepanjang pergi ke bazar.
RAMAI BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT
Perkongsian Hidayah mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya. Rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Hidayah agar terus kuat dalam membesarkan anak mereka, Hamzah.
Dapat dilihat mereka juga menitipkan doa buat Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru yang sebelum ini dikongsikan dengan insan bergelar suami. Apa pun Allah ada perancangan yang lebih baik berbanding hambaNya.
Penulis doakan agar Hidayah terus kuat dan bersemangat dalam membesarkan satu-satunya zuriat Abam, Hamzah agar menjadi insan yang berguna kelak.