Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kena Buang Kerja, Duit Dah Tak Ada! Lelaki Nekad Balik “Jalan Kaki” Dr KL Ke Kelantan Jumpa Anak Bini

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Matlamatnya adalah satu iaitu hargai dengan setiap rezeki dan juga mengenal Sang Pencipta. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Di kala menghadapi wabak Covid-19, rata-rata banyak perusahaan yang terjejas dan mula tutup kedai berikutan tidak lagi mampu menanggung gaji pekerja yang sedia ada. Ada yang terpaksa cuti tanpa gaji dan lebih berat lagi dibuang kerja tanpa notis.

SUAMI JALAN KAKI DARI KL KE KELANTAN

Keadaan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sara Anisa yang menceritakan suaminya hampir sebulan sudah tidak bekerja di Kuala Lumpur. Mereka hanya berhubungan jarak jauh yang mana Sara dan anak kecil mereka tinggal di kampung.

Sumber Facebook

Disebabkan ketiadaan gaji dan wang untuk membayar rumah yang disewa, suaminya Mat Noe Poksu Din telah diusir keluar. Berikutan itu, Mat Noe mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kampung akibat buntu.

Yang mengejutkan apabila Sara memaklumkan yang Mat Noe pulang ke Kelantan hanya dengan berjalan kaki. Melihat kepada perkongsian Mat Noe sendiri di Facebook, dia kini sudah pun berjalan sehingga ke Perak.

Sumber Facebook
KASUT DAH KOYAK, DUA HARI LAGI SAMPAI

Paling terkesan apabila dia menunjukkan kasut yang dipakai sudah pun mula rosak dan terkopek. Dia kini berhenti berehat sebentar di Mydin Amanjaya sebelum menyambung perjalanan. Dikhabarkan jangka masa untuk dia sampai ke Kelantan adalah dua hari lagi.

Melihat kepada status yang dimuat naik kenalannya, Kak Nad meminta agar orang awam yang terlihat atau berhajat pulang melalui arah yang sama dengan Mat Noe agar sudi membantu memudahkan urusan rakannya.

Sumber Facebook

Kita yang berada dalam keadaan cukup pakai minum mungkin berasakan ia suatu perbuatan yang tak masuk akal. Namun dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai duit belanja, itu sahaja lah yang mampu Mat Noe lakukan.

Semoga dengan perkongsian berita ini memudahkan urusan Mat Noe dan dipertemukan dengan insan berhati mulia. Didoakan agar Mat Noe selamat tiba ke Kelantan.

Kongsi artikel ini: