Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jumpa Rangka Setelah 42 Hari Anak Hilang Tanpa Kesan! Bapa Curiga “Cara” Anaknya Meniggal Dunia

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita penemuan rangka seorang remaja lelaki di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara lebih kurang waktu tengahari.

Apabila meneliti identiti mangsa, dia dikenali sebagai Ahmad Farid yang berumur 19 tahun. Sebelum ini Ahmad Farid sudah pun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya setelah dia hadir meraikan hari jadi rakannya di Ampang pada malam 13 Mac lalu.

Namun selepas memberitahu untuk pulang, keluarganya tidak menerima apa-apa khabar berita darinya sehingga lah rangka ditemui.

RASA TAK SEDAP HATI, MOTOR ANAK TAK ADA DI TEMPAT KEJADIAN

Bapa Allahyarham iaitu Ahmad Alaudin Mustafa ada meluahkan rasa tidak sedap hati dan ingin mendapatkan punca sebenar yang menimpa anaknya itu.

Ini berikutan sewaktu rangka Allahyarham dijumpai di dalam longkang pembahagi jalan, motosikal milik Farid tidak ada di tempat kejadian sekali gus mengundang rasa pelik ahli keluarga.

Ahmad Alaudin berkata kehilangan motor mencetuskan tanda tanya sama ada anaknya kemlangan atau pun sebaliknya. Jika kemlangan, tiada pula tanda-tanda tersebut di tempat kejadian. Hanya kad pengenalan, lesen dan pas pekerja sahaja yang dijumpai.

SELAMAT DISEMADIKAN LEWAT PETANG TADI

Sewaktu Allahyarham Farid hilang tanpa jejak, seluruh ahli keluarga ada menjalankan misi pencarian namun usaha mereka gagal kerana tersekat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.

Pelbagai usaha pihak keluarga lakukan termasuk lah laporan kepada pihak polis di Balai Polis Durian Tunggal pada 16 Mac dan kali kedua pada 22 Mac.

Namun tiada sebarang maklumat yang diterima sehingga 42 hari hilang, baru lah dia dijumpai bersama beg pinggang berwarna hitam di dalam longkang lebuhraya PLUS.

Dikhabarkan jnzah Allahyarham Ahmad Farid selamat dikebumikan di Tanah Perkubran Islam Durian Tunggal lewat petang tadi.

Diharapkan segala persoalan dari keluarga Allahyarham terjawab setelah menjumpai kembali motosikal yang ditunggang Ahmad Farid kelak. Sama-sama kita doakan agar arwh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: