Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nampaknya isu pelarian Rohingya masih lagi menjadi topik utama rakyat Malaysia buat masa kini. Ini berikutan wujudnya kisah mereka yang menuntut hak-hak dari kerajaan Malaysia berkaitan status dan juga keistimewaan selama berada di negara ini.
Sudah pasti ianya menjadi keresahan ramai rakyat Malaysia yang akhirnya kurang senang dengan tuntutan tersebut. Selama ini mereka sudah banyak berlembut dengan pelarian Rohingya sehingga menutup sebelah mata dengan segala aktiviti yang mereka lakukan.
TUNTUT SELAYANG SEBAGAI TEMPAT ROHINGYA
Antara kawasan tumpuan pelarian ini adalah sekitar Selayang. Di sini lah sarang penempatan mereka sehingga kan ada video tersebut, dipercayai dari warga Rohingya yang menuntut hak agar Selayang diberikan khas sebagai kawasan mereka.
Yang membangkitkan kemarahan ramai antara kita lagi adalah sikap segelintir warga Rohingya yang keras kepala dan ikar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ROHINGYA INGKAR DENGAN PKP
WARGA ASING POTONG KAWAT BERDURI
Semalam tersebarnya satu video yang dipercayai warga asing bertindak memotong kawat berduri yang dipasang oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Jelas video berkenaan mendapat banyak kritikan kerana telah mencabar pihak berkuasa negara serta perintah yang dikeluarkan.
Seorang warga asing dilihat cuba keluar dari apartmentnya melalui dawai berduri yang diletakkan pihak berkuasa dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipercayai di Selayang.
Video awam #PKP #DudukRumah #StayHome #COVID19 pic.twitter.com/heQFO0v2Hn
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 25, 2020
Sentimen mengenai pelarian Rohingya semakin hangat dibahaskan di negara kita dan meminta agar pihak kerajaan lebih meneliti perihal masalah yang mereka timbulkan. Apa pun semoga orang ramai patuh dengan arahan PKP dan terus kekal berada di rumah masing-masing.