Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih tidak reda dengan kemelut yang melanda Ustaz Ebit Lew. Bermula dengan kenyataan Ustaz Abu Syafiq yang memberi pandangan bahawa hukumnya haram jika menayang bantuan sehingga menjatuhkan aib keluarga si penerima.
Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan tersebut ditujukan buat Ebit Lew yang mana dia adalah salah seorang yang sedang aktif melancarkan misi kemanusiaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
USTAZ ABU SYAFIQ JELASKAN KENYATAAN DIKELUARKAN SEBELUM INI
Dalam mendapatkan kenyataan balas dari Ustaz Abu Syafiq sebelum ini berkaitan status yang dimuat naik, wartawan TV3 iaitu Ryzal Ibrahim ada menemubualnya menerusi panggilan suara.
Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan menjaga aib penerima sumbangan atau orang miskin perlu dihormati tidak lah ditujukan kepada mana-mana pihak apatah lagi Ustaz Ebit Lew.
Dia langsung tidak tahu menahu perihal bantuan yang Ebit sedang laksanakan sehingga lah netizen mula bercakap serta bersuara.
TAK KENAL PUN SIAPA EBIT LEW
Ryzal ada bertanya Ustaz Abu sama ada mengenali atau pun tidak Ebit Lew. Maklumnya, dia tidak kenal malah tidak pernah pun bercakap dengan Ebit selama ini.
TAK PERLU MINTA MAAF SEBAB SAYA TAK BUAT SALAH-USTAZ ABU
Wartawan TV3 tersebut turut mempersoalkan sama ada dia akan buat permohonan maaf atau pun tidak. Jelas Ustaz Abu, ianya bukan keperluan untuk bertindak sedemikian memandangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Betul atau salah bukan isu utama. Tetapi demi kebaikan sejagat lebih baik kita saling bermohon maaf agar masyarakat umumnya nampak nilai baik dalam diri.
KREDIT VIDEO RYZAL IBRAHIM