Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selepas Dibenarkan Utk Kembali Beramal, Keluarga Tinggal Dalam Hutan Jadi Perhatian Ustaz Ebit Lew

Nama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menjadi bualan ramai semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Rata-rata sudah pun maklum sifat dermawan figura ini yang sering turun padang berjumpa sendiri golongan asnaf.

Walau bagaimanapun wujud sesetengah pihak yang seakan tidak senang dengan kerja amalnya. Yang lebih menyedihkan apabila ianya datang daripada kalangan orang agama sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Jgn Jd Mata Lalat! Ust Abu Syafiq Tak Setuju Cara Ebit Lew Tayang Foto Org Daif, Akhirnya Disekolahkan Netizen

RAMAI KECEWA BILA EBIT LEW DINASIHAT UNTUK TANGGUHKAN MISI BANTUAN

Sejurus itu, Ebit Lew ada memaklumkan yang dirinya dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan. Ini berikutan timbul laporan daripada beberapa pihak yang mempertikaikan bantuan yang disalurkannya.

Mengelak daripada terjadinya lebih rumit, Ebit Lew dinasihatkan untuk menangguhkan sementara kerja amalnya itu sehingga lah PKP ditamatkan.

Ramai yang memberi reaksi dan terkesan dengan insiden tersebut. Mereka juga kecewa apabila bentuk bantuan Ebit Lew boleh menjadi isu sedangkan ia boleh dijadikan role model kepada yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Islam Yang Pertikai Kerja Amal Ebit Lew, Bukan Muslim Pula Tunjuk Sokongan Jangan Putus Asa

DIBENARKAN SEMULA MENJALANKAN MISI, KONGSI KERJA AMAL DI BALING

Terbaru, selepas dibenarkan kembali untuk menjalankan misi kemanusiaan, Ebit Lew dilihat ada berkongsikan di Facebook pengalaman membantu sebuah keluarga di Baling, Kedah.

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini.”

BANGSAL DALAM KEBUN GETAH

“Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.”

“Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah.”
“Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.”

RASA BERDOSA BIARKAN MEREKA TERUS TINGGAL DI SINI-USTAZ EBIT LEW

“Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.”
“Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.”

“Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.” Kongsi panjang Ebit.

Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata bersyukur dan sangat gembira dengan perkhabaran baik, Ebit Lew dibenarkan untuk membantu memberi sumbangan. Bukan mudah untuk kita lihat individu yang seimbang akhlak dan juga amalan.

Semoga segala kebaikan yang ditunjukkan oleh Ebit Lew menjadi pedoman buat kita semua dalam mengejar harta dunia dan membelanjakan ke jalan akhirat.

Kongsi artikel ini: