Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gadis Cilik Menangis Tak Henti Selepas “Atan” Diambil Orang! Bapa Tawarkan RM1K Kpd Siapa Yg Jumpa

Masih anda ingat kisah kerbau bernama Atan? Atan pernah menjadi bualan hangat tahun lalu apabila menjadi kerbau kesayangan malah dah jadi rakan karib kepada seorang kanak-kanak wanita bernama Alfina Aqila atau selesa disapa Che Tam yang baru berusia 6 tahun.

KERBAU KESAYANGAN CHE TAM DIAMBIL ORANG

Terbaru, difahamkan tiga ekor kerbau peliharaan Che Tam termasuk lah Atan telah diambil orang. Kejadian berlaku antara jam 5 hingga 6 petang semalam.

Kejadian disedari oleh bapa Che Tam, Azman apabila dia datang ke kandang yang terletak di FELDA Lepar Hilir 2, Gambang, Pahang untuk memberikan makanan. Perkara ini turut dikongsikan sendiri oleh ayah Che Tam iaitu Azman menerusi laman Facebook miliknya.

“Dugaan bulan puasa. Sapa yg jmp atau nampak kerbau che tam tolong bg tau ye hilang dalam kandang berpagar. 2betina bertali 1anak balau. Kalau jmp mmg kenal sbb dia ada tanda lain pada kerbau lain. Tolong share semua.” Tulis Azman.

CHE TAM MENANGIS TAK HENTI-HENTI

Sejurus Che Tam mengetahui kerbau kesayangan hilang, dia terus meraung semahunya. Selepas berbuka puasa, Azman terus ke balai polis untuk membuat laporan. Walau bagaimanapun keadaan Che Tam yang masih menangis dan tidak henti mengenangkan nasib kerbau kesayangan.

Dikhabarkan Che Tam dan Atan sangat lah manja sejak hari pertama Atan dibeli. Hampir setiap petang Che Tam akan ke kandang untuk memberikan Atan dan dua lagi kerbaunya makan. Keakraban mereka boleh dilihat apabila Atan lebih selesa dengan Che Tam berbanding Azman.

BAPA TAWARKAN GANJARAN RM1,000

Sebagai bapa, Azman tidak sanggup melihat anaknya berada dalam keadaan sedih berterusan. Jadi dia menawarkan ganjaran RM1,000 kepada individu yang berjaya mengesan atau mengembalikan tiga kerbau miliknya itu.

Kesimpulannya, nilai kasih sayang tak mampu dibeli wang ringgit. Itu lah yang dapat digambar kepada perasaan Che Tam kepada Atan. Biar pun Atan hanya lah seekor binatang, tapi cukup dengan reaksi dia menangis menunjukkan rasa sayang melebihi segalanya.

KREDIT VIDEO CHE TAM MENANGIS:

Kongsi artikel ini: