Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Lagi Rahsia! Bella Astillah Akhirnya Mengaku Kembali Rujuk, Kini Sah Hamil Anak Kedua Aliff Aziz

Sebelum ini penulis pernah berkongsikan kisah antara Bella Astillah dan juga bekas suaminya, Aliff Aziz perihal hubungan baru mereka. awalnya Bella dilihat cuba merahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Biasa lah mulut masyarakat kita ini bermacam-macam ragam. Mengelak daripada tanggapan kurang baik, Bella dan Aliff dilihat mengambil jalan dengan berdiam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Mengaku Dah Berbaik Dengan Bekas Suami! Beri Gambaran Sedang Berbadan Dua Pula

BELLA SAHKAN HAMIL ANAK KEDUA

Jodoh itu rahsia Tuhan! Dalam perkembangan terbaru, Bella telah mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak keduanya bersama Aliff Aziz.

Perkara ini tidak lagi menjadi rahsia apabila dinyatakan sendiri oleh tuan badan menerusi berbalas komen dengan pengikutnya di Instagram. Sekali gus menjawab desas desus mengenai hubungan mereka di media sosial.

RUJUK KETIKA TEMPOH IDDAH LAGI

Seperti diberitahu Bella dalam komen tersebut, dia dan Aliff Aziz sudah rujuk semula ketika mereka dalam tempoh iddah lagi. Justeru, mereka tidak perlu berkahwin semula dan hanya mendaftarkan semula kepada pendaftar di pejabat agama.

Melihat kepada reaksi pengikutnya, ada yang bertanyakan soal perangai lama Aliff sama ada Bella sanggup berdepan buat kali kedua. Namun jelas Bella lanjut, dia berserah segalanya kepada ketentuan Allah tentang masa depan rumah tangga mereka.

PEMINAT DOAKAN KEBAHAGIAAN

Dalam pada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen mendoakan kebahagiaan buat Bella dan Aliff dalam hubungan baru mereka. Dengan bakal kehadiran zuriat kedua membuatkan mereka bertambah matang dalam menjadi seorang ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Mesra Aliff Aziz Dan Bella Astillah Buat Netizen Rasa Menyampah! Tak Ada Plot Twist Agaknya

Jadi, terjawab lah segala persoalan orang ramai mengenai Bella dan juga Aliff. Biar pun ada sesetengah pihak meragui tentang perangai lama Aliff, biar lah ianya menjadi pengalaman buat mereka agar lebih baik di masa depan.

Tiada istilah pendosa yang tidak mempunyai masa depan. Sebagai peminat, sama-sama kita doakan kebaikan buat Bella, Aliff dan keluarga mereka.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: