Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Orang Islam Yang Pertikai Kerja Amal Ebit Lew, Bukan Muslim Pula Tunjuk Sokongan Jangan Putus Asa

Sejak semalam masyarakat Malaysia dikejutkan dengan cerita pengunduran Ustaz Ebit Lew dari membantu golongan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan dirinya tak mampu tetapi atas nasihat polis kerana wujudnya laporan dari pihak tertentu yang tidak senang dengan kerja amalnya.

EBIT LEW TANGGUH DULU BANTUAN

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh Ebit menerusi laman Facebook miliknya. Jelasnya buat masa ini, dia meminta agar orang ramai tidak lagi tag namanya untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook

Apa yang dia boleh buat kini hanya lah memberi bantuan kepada mereka-mereka yang terdahulu dan memasukkan duit secara atas talian sahaja. Begitu berat dugaan buat Ustaz Ebit, biar pun berbuat baik namun masih ada yang cmburu dengan amal jariahnya.

Turut terkesan dengan keadaan yang dilalui oleh Ustaz Ebit adalah golongan bukan Muslim di negara kita. Dapat dilihat mereka meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi.

LAYAN SAMA RATA TAK KIRA WARNA KULIT

Memberi semangat kepada Ebit, mereka meluahkan rasa percaya dengan segala tindakan Ustaz Ebit yang membantu mereka kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan warna kulit. Semuanya dilayan sama rata.

Sumber Facebook

Sedangkan orang lain yang buat salah boleh hidup bebas tetapi Ebit yang setiap hari melakukan kerja kebaikan pula yang jadi tumpuan dan ingin ditangkap.

Sudah pasti segala kebaikan yang Ebit lakukan selama ini akan sentiasa diingati oleh ramai pihak. Mempunyai harta dan berkongsi dengan orang ramai adalah perkara yang luar biasa.

Sumber Facebook

MASA UNTUK BEREHAT DENGAN KELUARGA

Dalam pada itu, dapat dilihat mereka menitipkan ucapan terima kasih dengan segala usaha Ebit Lew selama ini. Dah tiba masanya untuk dia berehat bersama keluarga di bulan ramadhan yang mulia ini.

Sumber Facebook

Jelas lah bahawa bila kita berbuat baik sesama manusia, sudah pasti ganjarannya yang sangat besar. Jangan disebabkan beberapa individu yang tidak selesa boleh melemahkan semangat Ustaz Ebit Lew.

Semoga dia terus kuat dan bangun menjadi yang lebih terbaik selepas daripada perkara ini. Sedangkan Iblis yang dicipta penuh taat dan iman boleh wujud perasaan angkuh, ini kan pula manusia yang menggelarkan diri sebagai ustaz dan cemburu dengan keja amal Ustaz Ebit.

Kongsi artikel ini: