Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga Da’i Farhan menjadi tumpuan ramai sejak akhir tahun lepas. Diimbas kembali plot cerita, Da’i Farhan mengumumkan perkahwinan keduanya bersama seorang ibu tunggal yang bernama Noorainul Naqim Mohd Radzi atau mengaku dirinya sebagai Dr. Erin.
Awalnya Da’i Farhan memberitahu sudah pun mendapat perkenan dari isteri pertamanya namun sebaliknya pula dari pengakuan Fatin. Hari demi hari pelbagai perkara terbongkar akhirnya Farhan akur melepaskan Fatin hanya melalui pesanan whatsapp.
MULA LOYA DAN MUNTAH, INGATKAN MASUK ANGIN
Setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama wanita kaabah, Dr Erin memberikan khabar baik buat suami dan juga pengikut di Instagramnya.
Lima tahun tidak mengalami pengalaman ini, semalam dikhabarkan Dr Erin berasa sedikit loya dan muntah. Awalnya dia sangkakan perut masuk angin sebab puasa. Malah ketika mengisi minyak, ada pekerja di situ perasaan yang dia kelihatan lain seperti pembawakan budak.
DA’I FARHAN BAKAL TERIMA AHLI BARU
Tidak berdiam diri, Dr Erin cuba dapatkan kit ujian kehamilan dan keputusannya sungguh memeranjatkan. Difahamkan Dr Erin positif mengandung anak pertama bersama Da’i Farhan. Ini lah yang dinamakan barakah Ramadhan.
Melihat kepada reaksi pengikutnya di Instagram, rata-rata mengucapkan tahniah buat Dr. Erin dan Da’i Farhan yang bakal menerima ahli baru dalam keluarga besar mereka.
Semoga dengan berita baik ini menjadikan hubungan mereka suami isteri lebih bahagia serta dimurahkan rezeki kelak.