Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bertindak Tutup Ruangan Komen Di Instagram, Ini Penjelasan Nina Iskandar Kepada Peminatnya

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik kelahiran Bandar Seri Begawan, Brunei ini Nur Akmalina bt Iskandar atau nama komersilnya Nina Iskandar.

Dia yang lahir pada tanggal 4 Ogos 1991 mula mencipta nama dalam dunia hiburan Malaysia pada tahun 2014 lagi menerusi filem Muka Surat Cinta karya Perre Andre.

Dan sejak dari situ, bakatnya mula menyerlah dan mendapat perhatian serta kepercayaan pengarah tempatan yang lain.

Sumber Instagram

Sebagai artis, Nina tidak dapat lari dari cerita panas. Sebelum berkahwin dia pernah mengambil tindakan undang-undang ke atas satu portal yang membuat rencana berkenaan mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan penolong pengarah drama sehingga bercrai dengan isteri.

NINA ISKANDAR TUTUP RUANGAN KOMEN

Dalam perkembangan terbaru, pelakon ini bertindak untuk menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya pula. Ianya dimaklumkan sendiri oleh Nina semalam.

Tindakan Nina berbuat demikian disebabkan dia sudah pun penat untuk melihat komen yang ditinggalkan oleh netizen di setiap gambarnya.

“Saya tutup ruangan komen kerana berasa penat dengan sesetengah komen, sila tengok story saya dan hadam.”
“Okay terima kasih, selamat berpuasa.” Tulis ringkas Nina.
Sumber Instagram

PKP DILANJUTKAN, BANYAK LAGI VIDEO TIKTOK, LOL

Melihat kepada IG Story Nina pula, dia menyarankan orang ramai agar mengurangkan bermain video TikTok. Sebaliknya melebihkan amal ibadat di sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Banyak lagi video TikTok. Lol.”
“Di bulan Ramadhan ini, apa kata kurangkan berTikTok dan tingkatkan amal ibadat.” Kongsi Nina lagi.
Sumber Instagram

Melihat kepada dua status Nina ini boleh dikatakan Nina cuba untuk lari seketika dari perkara yang melalaikan sepanjang bulan yang mulia ini. Lagi pun ianya hanya hadir sekali sahaja setiap tahun dan amat rugi jika kita melepaskan peluang di bulan baik ini untuk mengejar kebaikan.

Difahamkan kini Nina berada di negaranya, Brunei dalam menjalani ibadat puasa. Semoga perkongsian Nina membuka mata untuk kita tinggalkan perihal duniawi bagi mengejar saham akhirat kelak.

Kongsi artikel ini: