Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pasti anda tertanya-tanya siapa pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad kan? Dia adalah pelakon Malaysia berketurunan Arab-India iaitu Raja Ilya. Memiliki wajah kacukan memberikan dia satu aset dalam mencipta fenomena tersendiri dalam dunia hiburan.
Pada 23 Disember 2018, Raja Ilya mengejutkan ramai peminat apabila berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Australia iaitu Trent Garrett. Tiada seorang pun ketika itu yang dapat menghidu kisah cinta mereka.
SUAMI RAJA ILYA TIADA MASALAH BERPUASA
Meniti kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam, sudah pasti ramai tertanya kehidupan Trent dalam berhadapan bulan Ramadhan. Menurut Ilya, dia mengaku yang suaminya tiada masalah langsung dalam menjalani ibadah puasa.
Ini berikutan Trent sudah biasa mengamalkan penjagaan tubuh badan melalui intermittent fasting yang diamalkan selama 16 jam sebelum ini. Jadi tidak janggal untuk dia berhadapan dengan bulan Ramadhan.
HARI PERTAMA PUASA SEKALI DENGAN ANZAC DAY
Sehubungan dengan itu, selepas sahur jam 6 pagi tadi, seluruh warga Australia berdiri di hadapan rumah masing-masing beberapa minit sambil meletakkan lilin bagi menghormati hari Anzac Day berkenaan.
SEDIH TAK DAPAT BERPUASA DENGAN KELUARGA
Tambah Ilya lagi, ini adalah pengalaman pertama kali sepanjang 34 tahun dia berpuasa jauh dari keluarganya. Sudah pasti rasa sedih menyelubungi perasaan, nasib dapat buat panggilan video untuk bertanya khabar.
Mengikut perancangan, sepatutnya bulan lepas Ilya perlu balik ke Kuala Lumpur untuk urusan penggambaran. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala urusan terpaksan ditunda sehingga lah semuanya kembali reda.
Selamat berpuasa untuk Raja Ilya dan pasangan. Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih rahmat dalam rumah tangga mereka.
Kredit: Harian Metro