Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam negara kita sibuk menangani wabak Covid-19, ada pula pendatang tanpa izin (PATI) mengambil kesempatan ini untuk memasuki negara kita.
TUDM BERJAYA KESAN PATI ROHINGYA DI PERAIRAN LANGKAWI
Umum sudah pun tahu pada 16 April lalu, hasil kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mematahkan usaha PATI Rohingya yang dikesan di perairan Langkawi.
Mereka berjaya mengesan sebuah bot yang membawa anggaran 200 warga Rohingya pada kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi. Sejurus TLDM tiba di lokasi, mereka mengarahkan bot berkenaan meninggalkan perairan negara.
Atas dasar kemanusiaan, anak kapad KD LEKIU telah memberikan bantuan sewajarnya dengan mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi mereka keluar.
ENAM PEGAWAI TUDM DINAIKKAN PANGKAT
Dalam menghargai kejayaan TUDM, difahamkan enam pegawai kanan yang terlibat dalam membanteras pencerobohan tersebut telah pun dinaikkan pangkat pada 20 April lalu di Markas Tentera Udara.
Berita baik ini dikongsikan menerusi laman Facebook Tentera Diraja Malaysia. Upacara pemakaian pangkat kepada enam orang pegawai kanan TUDM tersebut disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan.
Kesemua enam pegawai yang berpangkat Mej TUDM telah dinaikkan pangkat kepada Pemangku Lt Kol TUDM. Berikut adalah senarai enam pegawai berkenaan:
Tahniah penulis ucapkan kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga mereka terus berusaha menabur bakti dalam menjaga kedaulatan agama, bangsa dan juga negara kita.