Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Heboh Kisah Kahwin Lari Di Selatan Thai! Akhirnya Janna Nick Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Kepada Peminat

Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular kelahiran Sungai Petani, Kedah ini Nurul Jannah bt Muner atau nama komersilnya Janna Nick.

HANGAT KISAH JANNA DAN DINI KAHWIN LARI

Pelakon yang terkenal dengan drama Kau Aku Kita ini menjadi topik hangat berikutan dakwaan dia dan kekasih Dini Azan Schatzmann telah kahwin lari di selatan Thai sejak tahun lalu lagi.

Kisah ini hangat diperkatakan apabila seorang individu dikenali sebagai munafiqburner di laman Twitter telah memuat naik keratan yang Janna dan Dini sudah pun melangsungkan perkahwinan di daerah Satul, Selatan Thailand pada 10 Jun 2019.

JANNA TAMPIL BUKA MULUT

Enggan mengelirukan ramai pihak, akhirnya Janna tampil menjelaskan perkara tersebut. Dia menafikan dakwaan kahwin lari atau pun sudah berkahwin dengan Dini secara diam-diam.

Tambah Janna, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian lagi pun dia bukannya bercinta dengan suami orang. Tidak perlu untuk berasa takut merahsiakan perkahwinan.

Kedua mereka masih bujang dan tidak patut berbuat demikian. Sudah pasti dalam proses bercinta mereka ada merancang soal berkahwin. Tetapi tidak lah merancang sampai kahwin lari.

KALAU BETUL NAK KAHWIN, JANNA AKAN UMUMKAN TARIKH

Dalam pada itu, Janna ada menegaskan bahawa kalau betul dia dan Dini nak berkahwin, dia akan pastikan mengumumkan tarikh berkenaan kepada para peminat.

Dalam tempoh pandemik Covid-19 semuanya dilihat tergendala. Bukan setakat majlis kahwin, rumah terbuka pun belum tentu dapat diadakan tahun ini.

“Kalau betul kami dah nak kahwin pasti saya akan umumkan tarikh, tapi itu semua sekiranya segala persiapan awall telah dibuat.”
“Tapi dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh diadakan.” Memetik kenyataan Janna kepada mStar Online.

AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Disebabkan kisah ini menjadi bualan hangat, Janna tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemberi maklumat palsu berkenaan.

Sejak kisah ini diketahui umum, rata-rata peminatnya berasa terkejut. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba dikhabarkan Janna dan Dini dah berkahwin.

Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga jawapan dari Janna ini menjawab segala persoalan peminat.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: