Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Isu pelarian Rohingya menjadi topik hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini. Ianya berikutan tersebar dakwaan Presiden Persatuan Rohingya Malaysia yang menuntut beberapa hak serta kelonggaran buat mereka ketika berada di negara kita.
Sudah pasti perkara ini suatu hal yang mampu menggugat negara dan menjadi kerisauan ramai pihak. Sedangkan rakyat sendiri pun tak sempat untuk dipedulikan ini kan pula orang luar. Bak kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mti kelaparan.
TENGKU EMMA MINTA MALAYSIA MENERIMA PENDATANG ROHINGYA
Jika anda masih ingat, baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita pendatang asing tanpa izin dari Rohingya yang cuba menyelinap masuk ke negara kita. Namun berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.
Sejurus kejadian, duta TERC ke Malaysia iaitu Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi ada menegaskan bahawa tindakan Malaysia yang menghalang mereka masuk adalah tindakan yang membhayakan nyawa mereka.
Jelasnya lagi, kerajaan Malaysia perlu menerima kedatangan mereka secara terbuka dan menempatkan dalam satu tempat kuarantin bagi menangani isu wabak Covid-19.
Hak Rohingya yang cuba dipertahankan oleh Tengku Emma ini sekali gus mengundang rasa kurang selesa rakyat Malaysia. Tambahan pula dengan isu presiden etnik berkenaan yang mula menyuarakan hak sama rata.
KAMI TAK MAHU MEREKA!-NETIZEN
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lynn Castello meluahkan pendapatnya mengenai tindakan Tengku Emma ini. Dia menolak sekeras-kerasnya tindakan Tengku Emma yang mana menyantuni pelarian Rohingya walhal rakyat sendiri masih ada yang dalam kesusahan.
Melihat kepada reaksi netizen yang lain, rata-rata turut memberi reaksi kurang baik dan menganggap perjuangan Tengku Emma ini boleh mendatangkan masalah kepada negara kelak.
Lihat sahaja keadaan di pasar borong Selayang, puak Rohingya mula menguasai tempat berkenaan yang memungkin mendatangkan masalah sosial, kesihatan dan banyak lagi.
Kesimpulannya, semoga keselamatan negara kita terpelihara daripada anasir-anasir luar yang mampu menggugat kedaulatan negara.