Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam buruk ada juga perangai baiknya! Nama usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri sering sahaja menjadi bualan ramai. Ini berikutan aksinya yang tidak pernah serik dengan buah mulut orang ramai.
ALIFF SYUKRI MILIKI SIFAT KEMANUSIAAN
Namun, apa yang boleh dipuji berkaitan figura ini adalah sikapnya yang sangat pemurah. Lihat sahaja kehidupan dia sebelum ini, tidak pernah lari dari membayar zakat dan juga bersedekah.
Cuma caranya sahaja yang suka menayangkan pada umum, mengundang sedikit rasa curiga netizen berkenaan niat asalnya berbuat demikian.
Terbaru, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bobo Di Mana berkongsikan kisah menyayat hati mengenai nasib yang menimpa pasangan warga emas yang hidup bersama seorang anaknya yang kelainan upaya.
JUAL PUCUK UBI, KERJA PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK TAMPUNG HIDUP
Difahamkan mereka berdua ini tinggal dalam sebuah pondok usang di tepi jalan. Tidak dikongsikan secara terperinci tempat tinggal mereka.
Cuma apa yang sempat dikongsikan Aliff Syukri adalah mereka cuba jana pendapatan melalui penjualan pucuk ubi dan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Salah satu usaha murni kerana tidak mengharapkan belas orang ramai.
Tambah Aliff lagi, kedaifan memaksa mereka tinggal dalam sebuah pondok tanpa bekalan elektrik. Lebih terkesan apabila tandas yang digunakan hanya bergantung pada sumber air longkang semata-mata.
RAIH RM1000 SEBULAN
ALIFF SYUKRI INGIN BANTU LEBIH 2000 ORANG
Semoga usaha baik dari pihak usahawan selebriti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin buat mereka yang memerlukan. Dalam kita sibuk memberi bantuan kepada warga asing, masih ramai rakyat kita yang sedang menahan lapar.