Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadapi episod sukar sejak beberapa hari ini apabila muncul pihak yang kurang senang dengan kerja amalnya.
KERJA AMAL MENGALAHKAN WAKIL RAKYAT
Pelbagai tomahan diberikan kepada figura ini sehingga ada yang menyifatkan dia sengaja menayang kerja amal, dan memalukan keluarga daif yang dibantu.
Walhal bagi siapa yang mengenali Ebit Lew lebih dekat, sudah pasti kenal dengan peribadi sebenarnya. Dia sanggup keluar susahkan diri sendiri demi memberi kesenangan kepada orang lain.
Dah mengalahkan wakil rakyat. Niat asal dia memuat naik segala kerja amal di media sosial adalah untuk memberi inspirasi bagi yang bukan muslim dan menjadi contoh baik buat mereka yang berkemampuan.
Umum mengetahui yang Ebit Lew sejak kebelakangan ini sibuk melakukan kerja amal di sekitar Malaysia. Difahamkan terbaru dia baru ada masa untuk berehat bersama keluarga tercinta.
BARU ADA MASA UNTUK BERSAMA KELUARGA
Momen kepulangannya ada dikongsikan di laman Instagram Ebit beberapa jam yang lalu. Jujurnya Ebit sangat merindui keluarganya terutama isteri yang sering menjadi tulang belakang selama ini.
JANGAN SEDIH ABANG, ALLAH KAN ADA- BIDADARI EBIT LEW
Bukan senang untuk membawa kehidupan di jalan agama. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi biarpun dari kalangan orang yang mempunyai ilmu.
Semoga kisah Ebit Lew membuka mata ramai pihak tentang erti kehidupan sebenar di atas muka bumi dan sabar dalam berhadapan kerenah manusia.