Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Betulkan Niat Dulu! Mawar Rashid Tanam Hasrat Bertudung Sepanjang Puasa, Netizen Titip “Pesan Khas” Buatnya

Menutup aurat adalah perkara wajib yang dituntut dalam agama Islam. Baik lelaki ataupun wanita, kedua-duanya perlu memandang serius perkara ini. Dewasa kini, ramai yang memandang ringan tentang aurat.

RAMAI MEMANDANG SEPI SOAL AURAT

Lihat sahaja alasan-alasan sesetengah pihak yang menunggu pintu hidayah walhal seharusnya kita sendiri yang perlu berusaha ke arah tersebut demi kebaikan diri sendiri.

Tidak dinafikan perkara yang tidak baik lah antara perkara yang melalaikan urusan kita sehingga saban hari kita semakin mengabaikan tanggungjawab yang utama ini.

MAWAR RASHID TANAM HASRAT BERTUDUNG SEPANJANG RAMADHAN

Enggan mensia-siakan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah, pelakon cantik kelahiran Kelantan iaitu Mawar Rashid meluahkan hasratnya untuk cuba bertudung sepanjang tempoh berpuasa tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Mawar menerusi entri Instagramnya pada beberapa jam yang lalu.

Pujian harus diberikan kepada Mawar kerana ada usaha tersendiri dalam menghormati agama dan juga bulan yang penuh mulia. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?

Sumber Instagram
“Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni. First time nk mencoba ni.”
“Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan. Dah nak puasa dah kiteee. Selamat menunaikan ibadah puasa semua!”
“Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa2 and kedai baju yang stylo2 untuk hijabista gituww “
“Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!” Tulis bersemangat Mawar.

JANGAN BERTUDUNG SEBAB FESYEN

Memberi reaksi kepada hasrat Mawar ini adalah pengikutnya. Rata-rata memberi sokongan positif buat pelakon berkenaan untuk bertudung. Mereka juga memuji bahawa Mawar lebih jelita bila mengayakan dengan hijab berbanding sebelum ini.

Cantik bila bertudung-netizen

Dalam pada itu, ada dalam kalangan mereka sempat menitipkan pesan buat Mawar agar betulkan niat bila berhijab. Jangan jadikan tudung semata-mata sebagai alat fesyen.

 

Niat pakai tudung bukan sebab fesyen-netizen

Mereka sempat berpendapat bahawa hijrah bukan perkara mudah. Ianya perlu dilalui dengan usaha dan juga berperingkat.

Kesimpulannya, untuk berubah memerlukan kekuatan semangat dan usaha dari diri kita sendiri. Ianya tidak akan hadir bergolek atau pun datang dengan sengaja. Semoga usaha murni Mawar ini membawa kebaikan dan berkekalan sehingga akhirnya.

Kongsi artikel ini: