Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rakyat di negara kita sangat terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati. Pantang melihat mereka yang berada dalam kesusahan, sudah pasti ramai yang mula menghulurkan bantuan.
Sebenarnya sikap baik begini ada kesan positif dan juga negatif. Lihat sahaja di sekeliling kita, mula muncul ramai golongan peminta sedekah “tiruan” yang mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai.
WARGA ASING AMBIL KESEMPATAN
Apatah pula dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang beroperasi di negara kita. Umum peka ramai yang terkesan dengan ekonomi keluarga apabila masing-masing hilang punca pendapatan.
Tidak terkecuali adalah pendatang asing yang mencari rezeki di Malaysia. Terbaru, seorang ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) meluahkan rasa hampanya terhadap segelintir warga asing yang mempermainkan bantuan yang dihulurkan pihak mereka.
Bahasa mudah mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan masyarakat Malaysia. Menurut perkongsian Salman Al Farisi Muhammad menerusi Facebook miliknya membongkar sikap sebenar bangsa Rohingya yang ramai kalangan kita tak tahu.
JUMPA ROHINGYA KAKI LIPAT
Jelasnya mereka ini jenis kaki lipat. Al kisah dia menerima khabar yang 20 keluarga Rohingya tengah kebulur di Inderapura, Kuantan dan salah satu keluarga baru sahaja mendapat anak. Jadi mereka memerlukan bantuan makanan segera.
Setelah Salman menyiasat menerusi Jabatan Amal, disahkan mereka telah diberi bantuan makanan pada tiga hari yang lalu. Untuk menguji perangai sebenar si Rohingya bernama Taufiq, Salman berpura-pura tidak tahu dan datang melawat ke rumahnya.
Taufiq bercerita yang dia sudah 3 bulan tak makan sebab tak kerja walhal mereka menerima lebih dari cukup bantuan makanan sebelum ini.
PERLU LEBIH BERHATI-HATI, PERIKSA DAPUR RUMAH DULU
Salman menegaskan orang ramai agar berhati-hati dan memeriksa terlebih dahulu dapur sebelum memberi bantuan ke orang Rohingya. Namun dia meminta agar orang ramai tidak menghukum semua Rohingya bersikap sedemikian.
Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Jangan disebabkan segelintir sikap orang mereka, kita terus menghukum membuta tuli keseluruhannya.
Apa pun membuat kebaikan langsung tidak salah, malah dituntut dalam agama. Cuma kita perlu terlebih berhati-hati di zaman sekarang memandangkan ramai yang suka pakai topeng hakikatnya mereka terlebih mampu.