Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kalau dah menumpang tuan tanah, hargai lah sebaik mungkin dan jangan pula nak ambil kesempatan dengan bantuan yang diberikan. Bak kata pepatah jangan lebih sudu dari kuah!
BERPUSU-PUSU PENDATANG ROHINGYA CUBA MASUK MALAYSIA
Sebelum ini kita mungkin boleh berasa simpati dengan nasib warga Rohingya dengan apa yang berlaku di negara mereka, Myanmar. Atas dasar agama dan perikemanusiaan, negara kita memberikan sedikit kelonggaran untuk mereka berlindung.
Jika anda masih ingat, minggu lalu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya cuba menyelinap masuk ke negara kita melalui jalan laut. Walau bagaimanapun hasrat mereka berjaya dipatahkan oleh angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
PRESIDEN ROHINGYA MENUNTUT BEBERAPA HAK MEREKA DI NEGARA KITA
Penulis berasakan kita bakal menerima tamparan baru apabila didakwa Presiden Rohingya Malaysia, iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani telah menuntut beberapa perkara berkaitan hak pendatang Rohingya.
Perkara tersebut telah ditulis dalam bentuk surat rasmi dan diutuskan kepada Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran awal Januari lalu.
Antara tuntutan yang dibuat agar diberi kelonggaran kepada pendatang Rohingya di Malaysia adalah:
Sebelum ini menerusi laporan Berita Harian Online, Zafar Ahmad turut bersuara bagi rakyat Rohingya agar kerajaan pertimbangkan dokumen kepada mereka agar dapat bekerja secara sah di Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, mereka menegaskan yang sudah tiba masanya anak-anak Rohingya memasuki sistem pendidikan yang lebih tersusun di negara ini memandangkan mereka tak tahu bila lagi boleh balik ke negara asal atau ke negara ketiga.
Sudah pasti keadaan sebegini tidak boleh dipandang ringan. Jika dilayan secara baik, bagaimana pula dengan pendatang asing dari negara lain. Sudah pasti mereka tetap akan menuntut hak yang sama memandangkan keadaan ekonomi dan persekitaran Malaysia yang lebih stabil serta aman.
Kredit: Facebook Muhammad Haiqal