Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan umum. Ini berikutan wujud segelintir pihak yang cuba menentang segala kebaikan yang dia lakukan.
Mereka ini menyifatkan perbuatan Ebit Lew yang menayangkan kerja amal dan menunjuk wajah golongan daif sebagai perkara haram dan menjatuhkan air muka mereka.
Tidak berseorangan, ramai netizen meluahkan rasa hampa kepada pihak yang memandang serong ini walhal mereka juga dari kalangan orang yang beragama.
CIK MAN BERI KATA-KATA SEMANGAT BUAT EBIT LEW
Tidak putus-putus ucapan positif yang diberikan kepada Ebit Lew agar mengabaikan mulut-mulut busuk, dan memintanya meneruskan kerja amal tersebut.
Peka dengan keadaan yang menimpa Ebit Lew, seorang pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman atau selesa disapa Cik Man tampil memberikan kata-kata semangat.
MENDIDIK MASYARAKAT AGAR TERMOTIVASI
Menurut Cik Man yang memetik ayat dari surah Al Baqarah, jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.
AMANAH MENYALURKAN DENGAN JUJUR DERMA
SEDIH MELIHAT ORANG BERAGAMA ASYIK CARI SALAH
Melihat kepada reaksi pengikut Cik Man di Instagram, rata-rata bersetuju dengan penyampaian Cik Man ini. Bila individu seperti Ebit Lew yang menunjuk, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah kagum dengan usahanya.
Mereka juga meluahkan rasa sedih bila ada di kalangan yang ada ilmu agama tapi masih sibuk mencari salah orang lain.
Justeru, sama-sama kita doakan kebaikan buat mereka agar tidak lagi timbul isu sebegini. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.