Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru semalam penulis kongsikan cerita tentang Bella Astillah yang mana memberi bayangan sudah pun rujuk kembali kepada bekas suaminya, Aliff Aziz.
BERI GAMBARAN SUDAH DIMILIKI MELALUI JENIS BUAH
Menguatkan dakwaan ini apabila Bella memuat naik status gambar buah pisang dan avocado di IG story sebagai tanda sokongan kempen kesedaran payudra.
Sebenarnya dua buah tersebut membawa maksud tersirat iaitu pisang sebagai tanda sudah berkahwin manakala avocado membawa maksud sudah pun dimiliki.
GENG SURIA FM CUBA KOREK RAHSIA
Menurut laporan mStar Online terbaru, Bella sekali lagi memberi gambaran sudah pun merujuk dengan Aliff dan sedang berbadan dua. Ianya dibongkar menerusi temu bual dalam temubual radio Suria FM bersama penyampainya, iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah petang tadi.
Pada awalnya Bella diajukan soalan perihal hubungan dengan Aliff kemudiannya hanya mendiamkan diri sahaja. Jelas Bella dia tetap dengan pendirian untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsikan hal peribadi.
HORMAT KEPUTUSAN KEDUA BELAH KELUARGA-BELLA
Sekarang dia hanya mahu menghormati kedua-dua belah keluarga agar masing-masing tidak terganggu. Lagi pun kita dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 dan ianya masa tidak sesuai untuk menjawab soalan sedemikian.
URA-URA BELLA DAH BERBADAN DUA
Dalam pada masa yang sama Tyzo dan Sharifah Shahirah ada bertanyakan Bella spkulasi yang dia kini sudah pun berbadan dua. Mereka sempat berseloroh yang Bella sudah pun nampak seri mengandung.
Tidak tahu untuk berdalih, Bella hanya menjawab ringkas yang dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan minta orang ramai mendoakannya.
Tekaan ramai berhubung Bella dan Aliff Aziz kini bersatu seakan benar. Tidak ada salahnya jika kisah lalu menjadi pengajaran buat mereka berdua dan kembali dalam peluang yang baru.
Apa pun kita doakan yang terbaik buat Bella dan Aliff dengan pilihan mereka agar kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Kredit: mStar Online