Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam menempuh cabaran wabak Covid-19, pelbagai cara yang dilakukan pihak berkemampuan dalam membantu mereka yang memerlukan terutama kakitangan barisan hadapan.
Mereka ini perlukan semangat dan juga penghargaan dalam memerangi wabak Covid-19 ini. Mungkin kita mampu bersenang lenang dengan keluarga masing-masing di rumah, tapi mereka bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik menangani masalah ini.
VIVY YUSOF DERMA 1,700 HELAI TUDUNG DUCK KEPADA BARISAN HADAPAN
Dalam menghargai barisan petugas hadapan, usahawan terkenal dengan tudung jenama dUCk, Vivy Yusof telah bermurah hati mendermakan 1,700 helai tudung dalam koleksi jenamanya kepada mereka yang sanggup berpenat lelah.
Dia terpanggil untuk berbuat demikian berikutan menerima banyak mesej peribadi dari orang ramai berhubung keperluan tudung dalam melaksanakan tugas mereka.
SEMOGA MAMPU MENCERIAKAN MEREKA
PEMINAT PUJI USAHA MURNI VIVY
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi positif atas usaha baik usahawan muda ini. Bukan sekadar cantik luaran malah memiliki hati yang mulia, jelas mereka. Pengikutnya sempat mengucapka terima kasih atas bantuan Vivy dalam menghargai usaha barisan hadapan.
Terdahulu, nama Vivy pernah dikaitkan dengan isu pandangannya terhadap golongan usahawan kecil sederhana yang disalah erti ramai pihak. Malah kualiti Mariam Bag keluaran dUCk turut menjadi perhatian yang mana tak padan dengan harganya.
Bukan mudah untuk menjaga hati ramai pihak. Yang baik kita ikut, sebaliknya pula kita jauhi. Semoga Vivy terus cekal menjadi usahawan yang berjaya.