Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jgn Jd Mata Lalat! Ust Abu Syafiq Tak Setuju Cara Ebit Lew Tayang Foto Org Daif, Akhirnya Disekolahkan Netizen

Ustaz Ebit Lew bukan sahaja terkenal dengan dakwahnya yang lembut dan terkesan di hati masyarakat. Malah dia juga boleh dikatakan ikon kepada orang ramai dalam melakukan kerja amal.

Lihat lah keadaan hari ini yang mana ramai terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Ebit mengambil inisiatif turun padang membantu mereka semua.

Setiap hari ada sahaja kisah yang Ebit kongsikan tentang masih ramai orang susah yang perlukan bantuan. Dia bekerja seolah-olah mengalahkan wakil rakyat.

Semalam, Ebit ada melancarkan misi kemanusiaan ke sebelah Utara tanah air. Di sana dia berjumpa dengan keluarga yang sangat daif yang mana berbelas cucu yang tinggal dengan datuknya yang lmpuh.

Sumber Facebook

BUKA AIB ORANG ADALAH HARAM-USTAZ ABU SYAFIQ

Manusia tidak dapat lari dari sikap angkuh dan juga cmburu. Biar pun dari kalangan agamawan sendiri, sifat tersebut masih wujud dalam diri mereka walhal sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

Apa yang penulis ingin sampaikan adalah mengenai status yang dimuat naik seorang lagi ilmuan agama terkenal Ustaz Abu Syafiq di Facebook miliknya sebentar tadi.

Sumber Facebook

Ustaz Abu Syafiq seolah-olah tidak bersetuju dengan segala perkongsian mana-mana pihak di laman sosial. menurutnya meletak gambar atau video perihal orang miskin dan daif merupakan perkara memalukan.

Ianya boleh mengaibkan keluarga berkenaan. Jadi hukumnya adalah haram berbuat sedemikian. Dia juga menggunaan kesempatan ini berkongsikan fatwa dari ulama-ulama Al-Azhar berkaitan isu tersebut.

Sumber Facebook

Apa yang cuba Ustaz Abu Syafiq tekankan di sini adalah pelihara soal aib si keluarga orang lain. Itu yang wajib dan jadi keutamaan berbanding menunjuknya di media sosial.

TIDAK NYATAKAN SECARA JELAS INDIVIDU YANG CUBA DIMAKSUDKAN

Ustaz Abu Syafiq juga tidak menyatakan secara khusus nama individu yang cuba dia maksudkan. Netizen menganggap status tersebut ditujukan buat Ustaz Ebit Lew berikutan dia sahaja lah yang aktif buat masa kini.

Walau bagaimanapun, perkongsian Ustaz Abu Syafiq ini telah menarik mata ramai warganet. Ramai meluahkan rasa tidak senang dengan perkongsian terbabit dan mensekolahkan kembali Ustaz Abu Syafiq tentang kemanusiaan.

Tak nampak pun aib mereka, malah jadi contoh baik
Jadi lah mata lebah yang nampak madu, bukan lalat yang asyik nampak benda kotor
Lebih baik tegur secara depan-depan

Kesimpulannya, dalam masa tenat sebegini seharusnya kita semua bersatu padu. Bukan asyik menunding jari di alam maya untuk menunjukkan siapa yang lagi berilmu takut kelak lain pula jadinya.

Kongsi artikel ini: