Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak wabak Covid-19 timbul, ada beberapa pihak cuba mengaut keuntungan dengan melancarkan produk berkaitan penjagaan kesihatan. Ada yang menghasilkan pencuci tangan (hand sanitizer) dan ada juga penutup muka (face mask).
Walhal mereka bukan lah pakar dalam bidang tersebut sekali gus mengundang rasa ragu orang ramai berkaitan bidang terjun sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab ini.
FACE MASK ALIFF SYUKRI BOCOR KETIKA LIVE
Usahawan selebriti yang disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri juga tidak melepaskan peluang. Jika anda masih ingat, beberapa hari lepas video live Aliff ketika mempromosikan produk penutup muka keluarannya menjadi bahan netizen.
Mulanya dia cuba meniup api lighter untuk membuktikan lapisan dan kualiti produk penutup mukanya. Namun akhirnya kantoi bocor apabila dicurahkan air kedalam penutup muka berkenaan.
Bertalu-talu dia menerima komen dari warganet agar Aliff Syukri menghentikan penjualan produk tersebut yang langsung tidak berkualiti dan bakal dijual dengan harga RM25 setiap satunya.
TAMPIL BERI PENJELASAN, TAK JUAL PUN LAGI MASK TU SEBAB PRE-ORDER
Beberapa jam yang lalu, usahawan berkenaan tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf terhadap insiden berlaku sepanjang livenya sebelum ini.
HENTI CARI SALAH SAYA, SAYA MOHON SERIBU KEMAAFAN- ALIFF SYUKRI
Ada baiknya kuasa dan suara netizen bila berlaku kejadian seumpama ini. Sekurang-kurangnya mereka lebih beringat dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan perlu menjalani pemeriksaan kualiti sebelum ianya dipasarkan.
Semoga jadi iktibar buat perniaga atau pun usahawan yang lain. Jangan semata-mata wang ringgit, isu keselamatan serta kualiti produk ditolak tepi.