Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Bella Atillah kembali hangat diperkatakan umum. Hal ini berikutan dia dan bekas suami, Aliff Aziz dilihat semakin akrab dan menggambarkan ada sesuatu yang baru antara mereka dua.
ADA PEMINAT SOKONG DAN ADA PULA SEBALIKNYA
Justeru, ada dua fahaman yang terbentuk dalam kalangan peminat. Ada yang kurang bersetuju jika Bella kembali bersatu dengan Aliff berikutan penyanyi kelahiran Singapura itu dilihat bagai tidak mengambil ikhtibar atas perkara yang terjadi sebelum ini.
Sejak mereka berpisah, ada sahaja cerita kurang enak melibatkan Aliff. Namun ada pula pihak yang bersetuju mereka bersama. Ini adalah demi masa depan anak lelaki mereka iaitu Ayden Adrean yang memerlukan kasih sayang bapa untuk membesar.
BELLA BERI BAYANGAN SUDAH PUN BERKAHWIN
Beberapa jam yang lepas, Bella telah memuat naik sekeping gambar di IG Story miliknya. Ianya mengenai gambar buah pisang dan avocado bagi menyokong kempen kesedaran payudra. Mungkin ianya kelihatan biasa di mata kasar.
Sebenarnya ia membawa maksud tertentu dan memberi makna tersendiri kepada individu yang berkongsinya. Jika dilihat pada gambar berkenaan, buah pisang membawa maksud sudah berkahwin manakala avocado pula sudah dimiliki.
Merujuk pula kepada segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, Bella ada diajukan dengan soalan hubungannya dengan bekas suami.
BELLA TIDAK MENAFIKAN, TERSERAH PADA PANDANGAN PEMINAT
Secara tenang, Bella dilihat tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan perkara tersebut. Dia hanya berserah pada masa untuk menentukan dan pohon doa orang ramai perkara terbaik buat mereka.
Sehingga hari ini, Bella menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk tidak berkongsikan isu peribadi kepada khalayak umum yakni peminat di media sosial kerana enggan mengulangi kesilapan yang lalu.
Konklusinya, sebagai peminat kita doakan sahaja kebahagiaan yang terbaik buat Bella dan Aliff Aziz. Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan tidak salah jika kesilapan digantikan dengan peluang kedua.