Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tinggal Komen Perlekeh Kanak-Kanak Miskin, Akhirnya Ning Baizura Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Beberapa hari lepas nama penyanyi terkenal, Ning Baizura hangat diperkatakan peminat gara-gara komen yang ditinggalnya pada laman Instagram In Trend Malaysia.

Dalam Instagram tersebut telah memaparkan sekumpulan kanak-kanak bersiar-siar sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu mereka ditahan oleh pihak berkuasa.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai gara-gara tindakan polis yang pada awalnya bertindak garang namun di akhirnya membeli kesemua jualan sosej salah seorang dari mereka.

KOMEN NING BAIZURA UNDANG RASA KURANG SELESA NETIZEN

Kemudian, secara tidak langsung ramai yang memberikan reaksi termasuk lah para artis. Tidak terkecuali Ning Baizura apabila komennya mendatangkan salah faham ramai pihak.

“Miskin budak-budak ni selipar pun takda (disertakan emoji ketawa).” Komen Ning.

ARTIKEL BERKAITAN: “Miskin Budak-Budak Ni, Selipar Pun Takda”. Komen Ning Baizura Jadi Perhatian, Undang Rasa Geram Netizen

Enggan membiarkan perkara tersebut terus menjadi salah faham, akhirnya Ning Baizura tampil menjelaskan perkara sebenar dia bertindak bercakap sedemikian.

TIDAK BERNIAT UNTUK MERENDAHKAN MANA-MANA PIHAK, TERSALAH LETAK EMOJI

Jelas Ning, dia langsung tidak berniat untuk merendahkan mana-mana pihak seperti kanak-kanak dalam video tersebut. Inikan pula melibatkan soal kemiskinan. Sebenarnya dia ingin meninggalkan ayat berkenaan dalam komen Datuk Siti Nurhaliza tentang rasa simpati.

Dia berniat untuk meletakkan emoji sedih tetapi sebaliknya pula berlaku. Khilafnya pula adalah tidak menyemak kembali dan meninggalkan komen tanpa melihat semula kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Ning Baizura menegaskan yang dia mana mungkin ingin mempersendakan kanak-kanak yang berlatarbelakangkan keadaan sedemikian. Dia pun sedar diri dan tahu dari mana asal usulnya.

BERKONGSI VIDEO DENGAN SUAMI, TUNJUK KEADAANNYA DAHULU

Tambah Ning lagi, pada ketika itu dia ada berkongsikan video berkenaan kepada anaknya, Ryan Sky Dalton bahawa dia sangat bersyukur keadaan kini. Dahulu hidupnya seumpama kanak-kanak tersebut yang langsung tiada bezanya.

Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata positif sepanjang tempoh ini. Sudah pasti manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Justeru dia berharap agar dengan penjelasan ini, isu tersebut tidak lagi diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak dan menjadi pengajaran berguna buat dirinya kelak.

Kredit: Berita Harian Online

Kongsi artikel ini: