Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada Rezeki, Selamat Tinggal Dunia Seni! Tiada Lagi Kelibatnya, Harris Baba Dedah Punca Sebenar Undur Diri

Nama sebenar model kacak Harris Baba ialah Khawaja Mohammad Harris Baba. Dia dilahirkan pada 8 Disember 1991 di Singapura.

Selepas menembusi pasaran Malaysia lewat 2014 dan mula rancak mencipta nama, akhirnya dia memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama Nik Naziha Zawawi pada tahun 2016.

HARRIS BABA UMUM UNDUR DIRI DARI DUNIA SENI

Lama menyepi dalam industri hiburan, akhirnya Harris mengambil keputusan untuk meninggal kerjaya tersebut apabila dia menyifatkan tiada sambutan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Semangatnya dalam mencipta populariti kian pudar demi hari apabila tawaran berlakon dan juga nyanyian tidak seindah seperti awal kemunculannya dulu.

Redha dengan nasib yang dilaluinya, Harris akhirnya memilih untuk mengundurkan diri dari dunia glamour dan ingin memberi tumpuan kepada kasih sayang keluarga yang selama ini diabaikan.

TAK BERBALOI ULANG ALIK SABAH KE KUALA LUMPUR

Sebelum ini pengorbanannya untuk berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu dilihat tidak berbaloi. Sebaliknya namanya kurang menjadi perhatian.

Dua single barunya berjudul Bagaikan Selalu dan juga Love Me juga tidak memberikan apa-apa impak kepada pengaruh namanya.

Jadi, lebih baik dia mengundurkan diri daripada syarikat rakaman World Peace Entertainment biar pun baru 8 bulan menandatangani kontrak.

Malah penyertaannya dalam program Dansa Sing awal Januari lalu turut tidak berhasil apabila dia menjadi peserta pertama yang disingkirkan.

LEBIH BAIK BUAT KEPUTUSAN TEPAT SEKARANG

Bukan cepat mengalah, jelas Harris lagi jika dia meneruskan juga dalam tempoh ini takut nanti tetap berada pada tahap yang sama dan merugikan masa sahaja.

Sehubungan itu, lebih baik dia membuat keputusan tepat sekarang untuk fokus pada yang lebih penting lagi.

Diajukan soal hala tuju, dia kini kian seronok menguruskan perniagaan keluarga bersama isteri. Selama ini banyak kali dia terlepas momen-momen istimewa dengan orang tersayang terutama pembesaran dua cahaya mereka, Aleena Ziya dan juga Muhammad Umar Baba.

Bukan mudah untuk menceburi bidang hiburan. Mungkin tiada rezeki Harris Baba untuk terus kekal diterima peminat. Semoga dengan keputusan Harris ini memberi seribu hikmah dalam meniti hidup sebagai ketua keluarga.

Diharapkan Harris terus berjaya dalam bidag perniagaan yang sedang diusahakan bersama isteri.

Kredit: Berita Harian Online

Kongsi artikel ini: