Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jika anda peminat rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), sudah pasti wajah figura ini sering menemani dikala membaca berita, iaitu Farit Ismeth Emir atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Pak Ngah merupakan orang lama di stesen TV berkenaan dan menjadi rujukan ramai rakan pembaca berita yang lain. Penyampaian yang penuh berkarisma dan kredibiliti membuatkan ramai terpegun dengan cara olahan beritanya.
IKON RTM PERGI BERTEMU ILAHI
Khabar duka diterima hari ini menerusi perkongsian Facebook bekas kaktitangan RTM iaitu Rozimah Mahyiddin apabila memaklumkan Pak Ngah telah meniggal dunia pada usianya 66 tahun hari ini.
Pak Ngah yang juga merupakan ikon bagi RTM menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
SUARANYA PASTI DIRINDUI RAMAI PENDENGAR
Pak Ngah meninggalkan 7 orang anak. Dikhabarkan Allahyarhm kini berada di Masjid Kg Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkburan Ismail Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya. Tidak dijelaskan secara terperinci punca keadaan sebenar yang dilalui oleh Pak Ngah sebelum ini
Apa pun tutur bicara Pak Ngah dalam menyampaikan radio sejak 1980an akan tetap dirindui ramai pendengar setianya.
WARGANET TITIPKAN DOA
Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang tidak menyangka dengan perkhabaran tersebut. Rata-rata meluahkan rasa terkejut dan memenuhi ruangan komen dengan salam takziah dan juga doa buat Allahyarham.
Kesimpulannya, benar lah hidup dan mti itu adalah rahsia Tuhan. Yang pasti tetapkan diri dengan amal ibadat untuk bertemu denganNya. Semoga Allahyarham Pak Ngah ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan dipermudahkan segala urusan.