Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pernah Merasa Tiada! Radin Era “Lelong” Kasut Mahal Utk Sedekah, Tak Mula Lagi Dah Ramai Mintak PM Tepi

Hanya mereka yang pernah melalui fasa pernah merasa tiada sahaja lah yang faham erti perit dan susahnya hilang punca pendapatan.

Tidak dinafikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, semakin ramai yang mula meluahkan rasa kebimbangan dengan cabaran ekonomi.

Tidak melepaskan peluang, ada insan berhati mulia, menggunakan peluang ini untuk tingkatkan amal dan membantu mereka yang memerlukan.

RADIN ERA BUAT JUALAN AMAL

Kesedaran sebegini lah yang harus dipupuk di mana berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Tak semua orang bernasib baik dan liku-liku kehidupan berbeza setiap satunya.

Peka dengan cabaran yang dihadapi masyarakat sekitar saat ini, penyampai radio terkenal tanah air, iaitu Radin tampil membuat satu lagi kerja amal.

Sebelum ini namanya pernah jadi pujian ramai kerana dia dan beberapa lagi rakan yang lain sanggup dipotong gaji untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Memberi Lebih Baik Dari Menerima. Tak Harapkan Kerajaan, Radin & Haniff Guna Duit Gaji Utk Sedekah

Sekali lagi, dikhabarkan penyampai radio Era tersebut tampil membuat lelongan amal dengan menjual pelbagai jenis kasut miliknya.

100% KEUNTUNGAN DIBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN DAN JUGA FRONTLINERS

Menurut Radin, hasil jualan akan diserahkan 100%  kepada yang memerlukan dan juga membantu membeli keperluan asas seperti pencuci tangan (hand sanitizer) dan juga penutup muka kepada barisan hadapan.

Dijangkakan jualan tersebut bakal bermula 9 malam ini menerusi platform Instagram Radin. Jadi jangan melepaskan peluang untuk miliki koleksi kasut berjenama dari figura ini.

BELUM BERLANGSUNG DAH RAMAI MINTA PM TEPI

Sudah pasti usaha murni Radin ini mendapat bermacam-macam reaksi positif dari peminatnya. Rata-rata memuji tindakan Radin yang juga boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain tentang erti “memberi”.

Lihat sahaja di ruangan komen, penulis jangkakan kasut bakal laku keras. Belum apa-apa lagi dah ramai yang mula minta PM tepi tentang saiz kasut dan harga.

Semoga amal kebaikan yang dibuat oleh Radin ini dipermudahkan dan berjaya membuat jualan dengan baik.

Tangan yang memberi lebih  baik dari menerima. Jadi, jangan berasa takut untuk jatuh miskin kerana sedekah kerana nikmat ganjarannya sangat luar biasa kelak.

Kongsi artikel ini: