Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin. Dia yang memulakan kerjaya seni sejak umurnya 8 tahun lagi.
Antara filem terkenal artis kelahiran Kuala Lumpur ini adalah Tentang Bulan yang ketika itu turut dibintangi Erin malek, Nik Adruce dan juga Aedy Ashraf.
ADA SAHAJA KISAH PANAS FATIN AFEEFA
Perjalanan hidup Fatin Afeefa penuh dengan kisah-kisah kontrovesi. Difahamkan dia pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun tidak didedahkan pula kisah perkahwinan pertamanya.
Pada penghujung Disember 2013, dia mendirikan rumah tangga kedua bersama pelakon Adam Shah. Tetapi perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua bersetuju untuk berpisah secara baik pada 30 Mei 2017.
Pada awal Mac yang lalu, timbul pula kisah yang mana Fatin Afeefa mengganggu suami orang. Dikhabarkan lelaki berkenaan adalah individu sama yang pernah menjadi bualan sebelum ini.
MUAT NAIK GAMBAR DALAM TAB MANDI
Dan terbaru, pelakon yang suka berpenampilan sksi ini sekali lagi menarik mata ramai peminat. Dia baru sahaja memuat naik sekeping gambar yang sedang berendam dalam tab mandi tanpa sebarang motif.
Fatin Afeefa yang tidak mudah melatah dengan cakap-cakap netizen tampil berani memperagakan kepada umum aksi sedemikian sedangkan dia tahu bakal menerima impaknya kelak.
Justeru, bagi mengelakkan tanggapan negatif peminat, dia dilihat telah menutup ruangan komen Instagramnya agar peminat tidak dapat meninggalkan apa-apa teguran di situ.
YANG TAK BAIK LAGI RAMAI SUKA
Perkara yang tak baik selalunya mudah mendapat perhatian. Lihat sahaja perkongsian Fatin ini, dia telah mendapat lebih 80 ribu tanda suka dalam tempoh 24 jam ianya dimuat naik.
Kita yang hidup dalam negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam perlu menghormati budaya. Rasanya tidak sesuai gambar sedemikian dipertontonkan kepada umum bahkan boleh menimbulkan segala macam syak wasangka.
Diharap Fatin Afeefa lebih berhati-hati di masa depan sebelum memuat naik sesuatu gambar di media sosial.