Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kisah-kisah masyarakat yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan bantuan orang ramai.
Sudah pasti kisah sebegini membuka mata kita dalam mengenal erti bersyukur dengan rezeki dimiliki. Masih ramai di luar sana yang terpaksa melalui kehidupan yang tidak bernasib baik.
Disebabkan ini lah kita diseru untuk membuat kebaikan dan mengamalkan bersedekah bagi meringankan beban mereka ini.
Lain pula dengan kisah yang penulis kongsikan kali ini. Ianya berkisarkan tentang nilai persahabatan dua orang wanita. Beberapa hari lepas, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Iman menceritakan detik hitam yang terpaksa dilalui rakan baiknya.
17 April menjadi tarikh yang kekal terpahat dalam hatinya apabila rakan Iman yang dikenali sebagai Nur Aishah Balqis bt Bazlan genap setahun sudah pun tidak sedarkan diri.
Dia mula merindui saat indah menghabiskan masa bersama. Namun ianya tidak mustahil jika orang ramai mendoakan agar kesihatan Aisyah kembali sihat seperti sedia kala.
Menurut Iman, punca keadaan Aisyah tidak sedarkan diri adalah akibat daripada kemlangan. Namun tidak dijelaskan secara terperinci punca kejadian tersebut berlaku.
Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, rata-rata turut terkesan dengan perkongsian tersebut. Ada rakan yang lain turut berkongsikan sikap baik dan juga peribadi Aisyah sebelum ini.
Tidak ketinggalan, mereka menitipkan doa agar keajaiban berlaku dalam hidup Aisyah dan kembali sihat seperti dulu kala. Yang penting keluarga dan rakan-rakan sentiasa menyokong semangatnya dan jangan putus harap untuk berdoa.
Allah tidak menguji seseorang itu melebihi kemampuan hambaNya. Tiada penyakit yang tidak mempunyai penawar dan segalanya atas izinNya.
aishah memang happy selalu, so when keadaan jadi macamni, iman memang tak percaya. but yea, semua ni takdir Allah iman kena redha. yaAllah aishah i miss you a lot :β) pic.twitter.com/JVdhvcd2V7
β π π π π (@imanroti) April 19, 2020
Di kesempatan ini, sama-sama lah kita titipkan doa buat adik Aisyah agar dia diberi kepulihan dan bangun semula untuk meniti saki baki hidup.
Ingat lah, berhati-hati di jalan raya. Jangan kerana kecuaian kita, orang lain yang menanggung akibatnya.