Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Peminat Tegur Langgar PKP! Adik Neelofa “Tercakap” Duduk Sebumbung Dengan Pasangan Jadi Perhatian Ramai

Selain Neelofa, adik perempuannya Litle Miss Khan atau nama sebenar Ameera Khan turut menjadi perhatian peminat. Boleh dikatakan populariti yang dibawa Ameera hampir setanding kakaknya.

PERNAH HEBOH AMEERA KHAN SUDAH BERKAHWIN

Sebelum ini nama Ameera Khan hangat diperkatakan gara-gara menyepi di media sosial hampir 8 bulan secara mengejut sekali gus menjadi tanda tanya ramai pihak.

Namun Februari lalu dia membuat come back dengan cara tersendiri apabila memuat naik gambar-gambar persis model antarabangsa di laman Instagram miliknya.

Desas desus ada mengatakan bahawa dia sudah pun berkahwin di London dengan jejaka bernama Idzham. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut Adik Neelofa Lama Menyepi Di Media Sosial! Difahamkan Ameera Khan Kahwin Di London

BERI GAMBARAN DUDUK SEBUMBUNG

Dalam perkembangan terbaru, Ameera sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tidak sengaja mendedahkan yang dia dan pasangan, Idzham sudah pun tinggal bersama. Sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sudah pun berkahwin.

Perkara ini didedahkan ketika dia memuat naik gambar di Instagram semalam yang sedang menyambut sambutan hari jadi pasangan. Lalu ada individu menegur tindakan mereka yang telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hmmmm, kamu tidak sepatutnya keluar dari rumah kamu. Stay home!” Tegur seorang pengguna.

Ameera tidak mendiamkan diri, lalu memberi reaksi terhadap komen berkenaan.

“Tetapi ini adalah rumah kami.” Jawabnya ringkas.
Sumber Astro Gempak

STATUS MASIH LAGI RAHSIA

Melihat kepada reaksi netizen yang lain, mereka terus teragak-agak dengan status sebenar yang masih dirahsiakan Ameera Khan ini. Apa pun mereka dilihat sempat mengucapkan tahniah buat Idzham di atas ulang tahunnya tersebut.

Sebelum ini Ameera pernah diasak dengan soalan mengenai peribadinya yang pernah menyepi. Walau bagaimanapun dia hanya memberi reaksi bahawa apa yang berlaku ke atas dirinya tidak perlu dikongsikan kepada orang ramai.

Sehingga kini statusnya masih menjadi bualan. Apa pun yang berlaku, diharapkan Ameera dan pasangan hidup bahagia hingga ke  akhir hayat. Jika benar ikatan mereka sudah pun halal, lebih baik dimaklumkan kepada umum agar tidak timbul andaian negatif kelak.

Kongsi artikel ini: