Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bahagia selepas berkahwin adalah momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Namun ianya bukan mudah mencapainya.
Mengikut kajian, hubungan perkahwinan akan menjadi lebih matang selepas mencapai usia 5 tahun perkahwinan. Hal ini menunjukkan cabaran sebagai suami isteri bukan lah perkara mudah.
Biarpun sudah lama bercinta, ianya bukan penentu kepada sifat kesefahaman antara satu sama lain. Bila duduk sebumbung, banyak hal yang perlu dikongsikan bersama. Di situ lah mula timbul perangai-perangai ganjil yang mungkin selama ini pasangan tidak tahu.
ISTERI SARAT MENGANDUNG DATANG KE BALAI MINTA RESTU SUAMI
Walau bagaimanapun, syurga isteri di telapak kaki suami. Patuh dan dengari lah segala nasihat suami selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama.
Bercerita soal tanggungjawab dan perkahwinan, terbaru menjadi dugaan buat seorang wanita yang sedang sarat mengandung 9 bulan apabila mengetahui si suami ditahan pihak berkuasa gara-gara ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Suaminya ditahan ketika lari dari sekatan dengan menaiki motor ketika melalui pemeriksaan di Jalan Seberang Putra-Sungai Baru, Alor Setar. Namun akhirnya dia berjaya ditahan selepas dikejar oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Meniti detik untuk melahirkan anak ketiga mereka, wanita berkenaan ditemani jiran hadir ke Balai Polis Alor Setar untuk menjenguk suaminya untuk memohon restu agar dipermudahkan urusan bersalin kelak.
SUAMI PERNAH TERLIBAT KES DDAH 2 TAHUN LALU
Yang lebih mendukacitakan adalah apabila siasatan lanjut dibuat, si suami didapati dikehendaki polis melibatkan kes ddah dua tahun yang lalu.
Begitu lah ujian yang terpaksa dilalui oleh wanita tersebut di saat dia memerlukan sokongan suami, namun sebaliknya pula yang berlaku kepada mereka sekeluarga.
Kepada para suami, beringat lah sebelum memulakan sesuatu perkara. Ini berikutan kesannya adalah kepada anak-anak dan terutama pasangan.
Bukan hal mudah untuk melalui detik bersalin tanpa suami, ini kan pula melibatkan kes ddah yang sudah pasti hukuman berat bakal ditanggung.
Semoga kisah ini memberi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa patuh dengan arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Kredit: Berita Harian