Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sentiasa Rasa Cukup! Bapa Kurang Upaya & Anak Kecil Tolak Bantuan Blebihan Runtun Jiwa Netizen

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysi yang bermula kuatkuasa pada 18 Mac yang lalu, ramai pihak yang terkesan dengan pelbagai cabaran termasuklah ekonomi dan pendapatan seseorang itu. Golongan B40 merupakan golongan yang paling terkesan kerana kehidupan mencari rezeki tidak diteruskan seperti dahulu.

Namun begitu, banyak pihak yang turun padang untuk meringankan beban golongan ini dengan memberi bantuan bekalan makanan harian demi kelangsungan hidup seharian. Banyak juga usaha kerajaan dengan meringankan beban rakyat antaranya memberi BPN.

BACA : Nasib tak baik! Anak muda OKU muallaf hidup sendiri di bangsal tak berdinding mendapat perhatian Ebit Lew

ANAK KECIL MENOLAK BAPA PATAH KAKI SELAMA 10 TAHUN

Dalam kongsian individu _AZ69 di lama Twitternya, dia telah memaparkan video dia dan juga rakan rakan mengadakan kerja amal untuk meringankan individu yang kurang bernasib baik. Pemuda ini telah melakukan bantuan di sekitar Kuala Lumpur dan salah satu video nya telah menyentuh hati kita.

Sumber Twitter

Video berdurasi 32 saat itu memaparkan gelagat penerima bantuan yang diberikan. Video itu telah mengisahkan seorang bapa yang menaiki kerusi roda yang ditolak oleh anak kecil di bahu jalan. Mereka telah menerima bantuan makanan daripada pemuda prihatin ini.

Yang menyentuh perhatian ramai adalah apabila diberi bantuan kedua beranak itu berterima kasih dan ingat akan individu yang lain.

“Bah, cukup ke ni.” Soal anak kecil
“Eh cukup la, bagi la orang lain pulak. Ramai lagi tak dapat .” Jawab si ayah ringkas.

Di sini kita dapat melihat bahawa kedua beranak ini tidak mengambil kesempatan diatas bantuan yang diberikan oleh individu prihatan dan masih lagi memikirkan agar semua yang senasib dapat merasa pemberian berharga itu.

Sumber Twitter

SENTIASA BERSYUKUR DAN REDHA

Menurut pemuda prihatin ini, si bapa telah ptah tulang kaki selama 10 tahun dan tidak mampu berjalan kerana besi yang dimasukkan didalam kaki juga telah ptah. Hal tersebut mengakibatkan dua beranak ini hidup berdua dan saling membantu sesama lain.

Video itu telah mendapat perhatian warga Twitter dan ramai yang mengatakan bahawa kita haruslah selalu memandang orang yang tidak berkemampuan daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian dan rezeki yang Allah berikan.

Kredit : Twitter _AZ69

Kongsi artikel ini: