Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, para wanita dan juga suri rumah mempunyai masa yang cukup untuk bersantai selain menguruskan hal rumah tangga.
Antara aktiviti kegemaran mereka untuk mengisi rasa bosan adalah membeli barangan secara atas talian. Bermacam-macam promosi dan tawaran yang diberikan sepanjang tempoh PKP.
Lihat sahaja permintaan pekhidmatan penghantaran, kesemuanya sibuk sehinggakan tak cukup kakitangan untuk menguruskan penghantaran barangan pelanggan tersebut.
FASHA SANDHA LUAH KESAL, INDAH KHABAR DARI RUPA
Tidak melepaskan peluang, pelakon cantik Fasha Sandha turut terjebak dengan aktiviti seumpama itu. Menurut perkongsian terbaru Fasha di instagram miliknya semalam, dia meluahkan rasa kesal dengan barangan yang diterimanya.
Sebelum ini dia ada membeli bantal peluk untuk ibu mengandung (maternity pillow) melalui satu portal pembelian atas talian. Dalam promosi yang disertakan tidak menggambarkan seperti barang yang diterimanya.
Sudah pasti ia sangat mengecewakan pelakon berkenaan yang mengharapkan kepada bantal berkenaan bagi mengurangkan rasa lenguh badan.
DAH MAAFKAN BIARPUN BARU LEPAS MENANGIS
Walau pun kecewa dengan kualiti yang tak menggambarkan keadaan sebenar, Fasha tetap memaafkan perkara tersebut.
DAH JADI TREND PENIAGA ATAS TALIAN
Ramai yang memberi reaksi termasuk rakan artis Farahdhiya. Luahnya dah memang jadi kebiasaan untuk mereka penjual online yang menyertakan barangan tak seindah seperti promosinya. Setakat PKP berlangsung, dah dua tiga kali Farahdhiya turut terjebak dengan shopping online ini.
Kesimpulannya, kepada penjual diharapkan jangan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata. Perniagaan juga memerlukan keberkataan untuk sentiasa kekal relavan.
Konsep terbaik berniaga di sisi agama adalah elak daripada penipuan, keuntungan yang tidak lebih dari dua kali ganda modal, dan sentiasa bersedekah.