Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Jaga Adab! Gara gara pakaian isteri, Aiman Hakim ditegur peminat

Pasangan selebriti bagai pinang dibelah dua, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson boleh dikatakan menjadi contoh ‘relationship goals’ kerana rupa paras yang sama padan dan juga kehangatan cinta yang ditunjukkan di media sosial masing masing.

Aiman dan Zahirah baru sahaja menjadi pasangan raja sehari pada Februari yang lalu dengan majlis yang begitu meriah sekali bersama keluarga tercinta. Pasangan dua sejoli ini sedang lagi hangat melayari bahtera rumahtangga yang baru dibina itu dan sangat teruja berkongsikan pengalaman bersama.

Sumber Instagram

Seperti yang diketahui, seluruh rakyat Malaysia telahpun mengalami Perintah Berkurung oleh disebabkan wabak Corona Virus. Begitu juga seperti pasangan ini dan sering kali berkongsi aktiviti senaman dan juga makan malam dirumah. Ramai netizen yang memuji sikap mereka berdua kerana melakukan aktiviti dirumah dan meurut perintah kerajaan agar tidak keluar.

Sumber Instagram

AIMAN DITEGUR GARA GARA ISTERI

Terbaru, melalui perkongsian yang dibuat oleh kedua selebriti ini di laman sosial Instagram milik mereka berdua mengenai satu kempen UNICEF. Pasangan ini sedang mempromosikan barangan berjenama demi untuk kutipan derma bagi kanak kanak yang kurang bernasib baik.

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian sudah pasti gambar mereka berdua yang kelihatan sangat manis bersama. Foto yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian netizen kerana beranggapan bahawa foto itu terlalu tidak sopan kerana sedang berpelukan walaupun mereka sudah bergelar suami isteri namun mestilah menjaga batas di khalayak ramai.

Foto Zahirah dan Aiman memaparkan Zahirah menggayakan satu ‘singlet’ berwarna kulit dan sangat santai berada dirumah tidak disenangi netizen. Netizen beranggapan pemakaian itu sangat sksi.

Sumber Instagram

Dalam ratusan komen itu, ada netizen yang telah menegur Aiman Hakim supaya dia mengajar isteri kesayangan itu untuk lebih menutup aurat di khalayak ramai. Dalam masa itu, ada juga netizen yang mendoakan agar Zahirah dibukakan hati untuk lebih berpakaian sopan.

Walaubagaimanapun pasangan selebriti ini tidak sedikit pun memberi maklumbalas positif mahupun negative terhadap teguran netizen di laman sosial milik peribadi mereka.

Kredit : Aiman Hakim Ridza 

Kongsi artikel ini: