Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebagai seorang manusia kita tidak boleh memandang kesusahan orang lain itu sebagai satu yang biasa, kerana tanggungjawab kita adalah untuk membantu meringankan beban sesame manusia jika kita berkemampuan. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh ustaz selebriti iaitu Ebit Lew yang begitu peka dengan kesusahan rakyat yang kurang bernasib baik.
OKU, HIDUP SENDIRIAN DI BANGSAL
Menurut Ustaz Ebit Lew dia telah mendapat satu mesej daripada seorang kakak yang memberitahu akan seorang muallaf yang kesusahan. Anak muda itu berstatus orang berkelainan upaya dan tidak boleh berjalan dengan sempurna disebabkan oleh keadaan kaki yang kecil sebelah.
Apa yang menyedihkan anak muda berbangsa India itu hanya tidur di sebuah bangsal di tepi jalan tanpa apa jua kemudahan bermasuk tidak mempunyai dinding. Tambahan pula saudara terdekat anak muda ini baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.
Wanita yang sangat prihatin ini ada memberi gambar kepada Ustaz Ebit Lew kerana dirinya juga tidak mampu untuk menolong yang lebih selain hanya dapat memberi bekalan makanan. Dengan itu, Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk menolong akan anak muda muallaf ini.
BAYAR RUMAH SEWA UNTUK ANAK MUDA MUALLAF
Setelah Ustaz melawat anak muda ini, Ustaz Ebit Lew terus mencari rumah sewa untuk pemuda ini bagi meneruskan kehidupan terutamanya ketika dalam kegelutan wabak ini. Dengan rezeki Ustaz Ebit Lew telah mendapat tuan rumah yang sangat baik dan telah memberikan diskaun untuk anak muda itu.
Tambah Ustaz Ebit Lew lagi, dia akan menolong membayarkan sewa rumah untuk anak muda itu selagi dia belum mendapat kerja dan berpesan agar anak muda ini tinggal baik baik dan menjaga hak hak bersama jiran terdekat.
DAH ISLAM, NAMUN MASIH BANYAK ILMU UNTUK DIPELAJARI
Ustaz Ebit Lew menekankan bahawa sesuatu ujian didalam hidup kita ini adalah untuk kita menjadi lebih baik. Meskipun berstatus muallaf, anak muda ini masih lagi dahagakan ilmu agama Islam untuk kehidupan seharian, masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Kredit : Ebit Lew