Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lain Dari Yang Lain! Pasangan Pengantin Nikah Secara “Online” Di Kediaman Masing2, Tarik Perhatian Ramai

Sejak wujudnya wabak Covid-19 di negara kita, pelbagai kemaslahatan yang mula timbul. Bermula dari sudut ekonomi, peribadi, keluarga dan juga masyarakat.

Ini berikutan kejadian seumpama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan wabak merupakan pertama kali dalam sejarah dunia moden.

Sehubungan dengan itu, banyak perkara normal biasa terpaksa diganti dengan perkara yang baru. Contohnya dari segi agama, masyarakat Islam tidak dibenarkan untuk solat Jumaat.

Sudah pasti ianya sedikit sebanyak mengelirukan mereka yang kurang arif. Tapi mengikut pandangan mufti agama hukumnya tidak berdosa dan harus bagi mengelakkan rantaian wabak pandemik ini.

AKAD NIKAH SECARA ATAS TALIAN

Antara perkara lain yang turut terkesan adalah dari segi akad nikah. Terbaru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah pun menjayakan akad nikah satu pasangan baru.

Yang menariknya, ia adalah kali pertama akad nikah dijalankan secara atas talian di negara kita selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut melaksanakan cara sebegini.

Kejadian ini berlangsung pagi tadi. Difahamkan pasangan Muhammad Don Haadi dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selamat diijabkabul dengan hanya sekali lafaz.

PENGANTIN LELAKI DAN WANITA BERADA DI KEDIAMAN MASING-MASING

Ketika di atas talian, pengantin lelaki berada di kediamannya yang terletak di Setiawangsa manakala pasangannya berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak.

Akad nikah yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Alhijrah disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan juga Pengarah JAWI, iaitu Mohd Ajib Ismail.

Akad nikah di atas talian adalah selaras dengan penetapan baru JAWI yang berkuatkusa 17 April lalu di mana kelonggaran diberi kepada pasangan yang memperoleh kebenaran berkahwin dari pihak JAWI.

PERLU IKUT GARIS PANDUAN DAN TETAP KENA ISI BORANG KHAS

JAWI ada menjelaskan bahawa pelaksanaan nikah atas talian tersebut turut memiliki garis panduan tersendiri dan mereka perlu mengisi borang permohonan yang disediakan.

Sekian hari, ada sahaja perkara normal baru yang mungkin sedikit janggal berbanding sebelumnya. Ini antara cabaran baru bagi ahli-ahli agama dalam memastikan masyarakat mendapat ilmu dan tidak keliru.

VIDEO PENUH:

Kongsi artikel ini: