Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Banyak Kali Kena! Ikuti Respon Bekas Isteri Chef Fikree, Dedah Kisah Sering Diganggu Suami Orang

Bukan mudah untuk mempertahankan cinta dan kasih sayang dalam keluarga jika salah seorang dari mereka tidak berlaku adil.

Itu lah yang pernah dilalui dalam rumah tangga Chef Fikree dan isteri, Syarifah Zuriehan. Perkahwinan yang mereka bina pada tahun 2015 hanya sempat bertahan empat tahun.

Kemelut mula melanda apabila difahamkan Chef Fikree mempunyai hubungan dengan wanita lain. Setelah kantoi, mereka berdua bersetuju untuk berpisah pada Mei 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun, iaitu Jayden Malik.

ADA SAHAJA SUAMI ORANG CUBA DEKATI

Meniti hidup sebagai seorang ibu tungga bukan lah mudah buat Zuriehan. Dalam perkembangan terbaru, dia mendedahkan bahawa sering sahaja didekati beberapa orang jejaka termasuk lah suami orang.

Tidak cepat terpaut dengan kata-kata manis, Zuriehan dilihat lebih berhati-hati soal hati dan hubungan. Dia menolak mereka ini dengan cara mentarbiah selepas selidik profil media sosial.

Yang dah kahwin, ada dua tiga orang pernah mesej Zuriehan ajak berkenalan. Jelasnya, seorang lelaki yang matang akan datang berjumpa dengan dia dan anak terlebih dahulu secara baik.

Bukan dengan cara berhubung melaui Instagram semata-mata. Tujuan dia mencipta akaun Instagram pula adalah untuk berkawan dengan golongan ibu-ibu dan tidak lebih dari itu.

“I keep posting on Instagram sebab i suka dgn friends geng mak2 yg ada disini. Then i feel more confident about my looks and thoughts now. Bukannya utk menggatal. So pls stop buat fake acc utk msg me utk nak konon pancing me.”

STRATEGI LOW CLASS, TAK PASAL-PASAL KENA TARBIAH

“I dah BANYAK pengalaman dgn perempuan sndal dan lelaki sndal. Ya nampak i innocent dan bdoh masa kawin dulu and sekarang pun. Sebab tu mmg my method utk stay humble. Untuk stay putih kt hati (saya taknak jadi jaded) saya tak suka buat pandai.”
“Tak suka nk perasan. Dah masak sgt dgn org2 konon igt dia bijak sgt. (tapi method and strategy low class) dan kalau dah berkahwin tu tolong jgn nak DM me. Ada sorang dua dah kena tarbiah dgn saya. Tgk profile anak sampai 2 3org.”
“Nasib saya jenis check profile dulu. And i dont want to start relationship from Instagram lah. Kalau betul lelaki matang, he will court me AND Jayden properly. Sorry ye tak pernah jadi insan sundal dan mintak allah kekalkan sampai kiamat. Semoga Allah lindung kita semua.” Kongsi panjang Zuerihan.

Tidak dinafikan dalam era yang penuh dengan media sosial ini, lebih ramai yang suka mengambil kesempatan berbanding membuat kebaikan.

Semoga Zuriehan dan Jayden sentiasa kekal positif dan bertemu dengan individu yang benar-benar ikhlas untuk menjaga mereka berdua kelak.

Kongsi artikel ini: