Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Baik Beli Kat Pasar Malam! Kualiti Tak Setanding Jenama, Produk Keluaran Vivy Yusof Jadi Bualan Warganet

Vivy Yusof antara figura yang dipuji kaum wanita. Berbekalkan wajah yang cantik, penampilannya sering sahaja menjadi perhatian ramai sehingga digelar ikon fesyen bagi wanita berhijab.

Vivy Yusof

Bukan setakat itu sahaja, Vivy juga merupakan seorang usahawan yang berjaya melalui dua rangkaian jenama yang diciptanya, iaitu Fashion Valet dan juga dUCk.

Bukan kaleng-kaleng, atas usaha gigi wanita ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada majalah Forbes yang menyenaraikannya sebagai 30 usahawan hebat di Asia berumur bawah 30 tahun.

PENGGUNA LUAH RASA KESAL KUALITI dUCk

Walau bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Dalam perniagaan sudah pasti ada cabaran tersendiri. Mengekalkan identiti dan juga kualiti antara perkara yang selalu menjadi igauan buat mereka.

dUCk Mariam Bag

Beberapa hari lepas, nama Vivy sekali lagi menjadi bualan hangat di laman Twitter. Kali ini peminat jenama dUCk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti jenama berkenaan.

dUCk ada mengeluarkan satu produk bag yang diberi nama dUCk Mariam Bag. Namun seorang penggunanya berasa tidak puas hati dengan produk yang diterima. Sebelum itu dia sudah pun membeli sebuah bag tersebut.

Sumber Twitter

Dan kemudiannya sekali lagi membeli dengan warna yang lain. Kedua-dua bag kelihatan sangat berbeza dan jauh dari sudut warna beserta kualiti. Tona warna antara kulit luar dan lining kat dalam sangat ketara.

DAH MACAM BELI BAG PASAR MALAM

Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, mereka juga meluahkan rasa hampa terhadap jenama berkenaan. Sebelum ini jangkaan mereka sangat tinggi dengan produk dikeluarkan oleh Vivy.

Sumber Twitter
Sumber Twitter
Sumber Twitter

Tetapi bila kejadian ini berlaku, seolah-olah mereka membeli barangan di pasar malam atau pun dijual di uptown sahaja. Ianya suatu pembaziran kerana berbelanja mahal dan hanya menerima kualiti tidak setimpal.

Sehingga kini Vivy masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan kualiti produk keluarannya itu. Mungkin ianya satu trend atau fesyen yang mungkin kita terlepas pandang.

Kesimpulannya, berbelanja lah keperluan fesyen mengikut poket sendiri. Jangan semata-mata “branding”, sanggup mengikat perut dan akhirnya diri sendiri yang menyesal.

Kongsi artikel ini: